Khamis, 7 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ketua Pengarang Herald dakwa Perkasa tidak amal budaya Melayu

Posted: 06 Nov 2013 09:06 AM PST

Beliau berkata, tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengancam untuk membakar Bible yang mempunyai kalimah Allah adalah perbuatan biadab.

"Adakah ini budaya seorang Melayu? Orang Melayu tidak pernah biadap sebegini. Saya sendiri sejak dahulu tidak pernah berjumpa dengan seorang Melayu berakhlak sedemikian.

"Apabila perkara buruk berlaku, mereka (Perkasa) akan sibuk berdemonstrasi di sana sini, tetapi kami pihak gereja tidak berdemonstrasi.

"Kami menghormati undang-undang negara ini. Adakah kami membuat bising? Tidak sama sekali. Kami akur dengan proses undang-undang mahkamah dan bersedia melalui peringkat seterusnya dalam prosedur penghakiman," katanya dalam satu wawancara bersama Projek Dialog.

Andrew berkata, keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang memutuskan Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah menyinggung masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak.

Katanya, penganut Kristian di dua negeri itu bertutur dalam bahasa Melayu dan secara tiba-tiba orang Kristian di sana dihalang daripada menggunakan kalimah Allah.

"Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berasa sangat tersinggung. Herald pada bulan ini juga memuatkan nukilan daripada akhbar utama di Pakistan dan Turki yang mengatakan keputusan penghakiman ini adalah salah.

"Artikel mereka bertegas mana-mana pihak tidak boleh mempunyai hak cipta terhadap perkataan Allah termasuk orang Melayu. Kami juga banyak menerima sokongan daripada individu dan organisasi Islam seperti Sisters In Islam (SIS). Datin Paduka Marina Mahathir telah bersuara dan mengulas isu ini," katanya.

Andrew berkata, kekeliruan di kalangan orang Melayu dalam isu penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya timbul kerana dalam kamus terjemahan Latin-Melayu yang diterbitkan pada  1613 ada  terjemahan kalimah Allah.

Katanya, bahasa yang diguna pakai oleh gereja Katolik di Tanah Melayu sebelum jajahan kolonial British adalah dalam bahasa Melayu sebelum ia ditukar ke bahasa Inggeris selepas kedatangan British ke Tanah Melayu.

"Apabila British menyarankan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan orang ramai menjadi lebih berpendidikan, mereka mulai bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Bahasa Melayu bukan bahasa yang baru diguna pakai oleh gereja Katolik, ia digunakan sebelum negara mencapai kemerdekaan malah ia pada kurun ke-16 iaitu sewaktu mesin pencetakan baru diperkenalkan untuk mencetak buku.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pengarang-herald-dakwa-perkasa-tidak-amal-budaya-melayu 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved