Sabtu, 2 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pendirian saya tetap, kata Harun Taib

Posted: 01 Nov 2013 05:32 PM PDT

Menurutnya, beliau juga tidak mengetahui punca kenapa dirinya masih dipilih untuk jawatan tersebut walaupun dirinya pernah terlibat dalam beberapa isu sebelum ini.

"Mungkin kerana saya pertahankan isu kalimah ALLAH itu, menyebabkan mereka terus memilih saya. Nak kata saya ketuai parti dengan baik, rasanya saya yang paling mundur. Tapi Insya-ALLAH, saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai namanya mendahului senarai calon yang layak bertanding pada pemilihan Dewan Ulama Pas Pusat pada 22 hingga 24 November ini bersempena Muktamar Tahunan Pas kali ke- 59 yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Asmuni Awi, semalam.

Harun berkata, beliau juga akan tetap dengan pendirian mengenai isu kalimah ALLAH kerana ia berkaitan dengan akidah Islam.

"Saya akan teruskan pendirian saya sama seperti sebelum ini, walaupun ada pemimpin Pas lain tidak sependapat dengan saya.

"Saya tengok diri saya bukan berdasarkan orang lain, tetapi ia berkaitan akidah," katanya.

Tambahnya, dalam isu 'tahaluf siasi' dengan PKR, cadangan tersebut sebenarnya adalah untuk Dewan Ulama membuat kajian terperinci.

"Saya rasa perlu ada kajian terperinci, mana-mana yang longgar perlu dikemaskan, kalau dah kemas, perkukuhkan lagi.

Bukan bermakna bercerai. "Mereka mungkin salah faham dengan maksud saya, atau itulah cara untuk serang saya.

Saya terima serangan cara begini kerana yang menilainya adalah masyarakat," katanya.

Beliau turut berharap, jika terpilih, perkara utama adalah meneruskan perjuangan parti sampai ke matlamatnya.

"Insya-ALLAH jika sihat badan, panjang umur, saya akan teruskan perjuangan parti sampai ke akhirnya," katanya.

Terdahulu, Harun dikecam apabila Majlis Syura bertegas menolak kalimah ALLAH digunakan masyarakat bukan Islam walaupun diminta mempertimbangkan keputusan tersebut.

Isu tersebut turut dibawa ke mahkamah yang mana keputusan berpihak kepada larangan menggunakan kalimah ALLAH bagi majalah mingguan The Herrald.

Harun menegaskan, masyarakat bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah ALLAH yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam dan tetap mempertahankan pendiriannya menyokong keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah tersebut.

September lalu, Harun turut dikecam apabila dalam ucaptama beliau mahu Pas mengkaji semula 'tahaluf siasi' (kerjasama politik) dengan PKR di dalam PR, selepas sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot pada PRU13.

 

Pemimpin DAP Kedah letak jawatan

Posted: 01 Nov 2013 05:28 PM PDT

Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira Mergong, namun pada masa sama, meragui keahliannya berikutan tidak memiliki kad keahlian sejak hampir dua tahun lalu.

Syed Araniri turut mendedahkan sikap parti itu yang double standard terhadap orang Melayu, apabila permohonan lebih 70 ahli Melayu dari pelbagai cawangan di negeri itu tidak diproses.

"Amat meragukan apabila saya dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa memiliki kad keahlian parti. Apabila perkara itu dibangkitkan, jawapan yang saya terima ialah tunggu.

Sampai bila perkara ini harus berlarutan, sudah dua tahun saya tunggu," katanya.

Menurutnya, beliau menyertai DAP pada 15 Januari 2012 dan sebulan selepas itu menghantar permohonan keahlian, namun amat dikesali sehingga kini, ia tidak diproses.

"Ini bermakna saya menjadi ketua di cawangan ghaib kerana cawangan itu juga tidak didaftarkan, kemudian dilantik di peringkat negeri tanpa ikut prosedur sah.

Saya juga berhasrat menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam masa terdekat," katanya.

Syed Araniri turut menafikan tindakannya itu ada kaitan dengan PRK Dun Sungai Limau, sebaliknya menyifatkan sudah tiba masa kepincangan DAP didedahkan.

"Saya tiada kepentingan diri sebaliknya kecewa dengan sikap pemimpin DAP Pusat yang tidak menjaga kepentingan ahli Melayu dalam parti itu.

Permohonan lapan cawangan juga tidak diluluskan kerana dibarisi bukan pemimpin kroni," katanya.

Menurutnya, ahli dan pemimpin Melayu dalam parti itu seolah-olah diperbodohkan oleh CEC, yang dikuasai tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan sewenang-wenangnya.

"Yuran pendaftaran diambil, namun kad keahlian tidak diproses. Ke mana perginya semua wang itu," soalnya. Syed Araniri berkata, berdasarkan buku perlembagaan DAP, pada klausa 10 (perlucutan keahlian), dinyatakan apabila diterima menjadi ahli, pemberitahuan bertulis akan diberikan selain dibekalkan buku perlembagaan, lencana dan kad keahlian.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved