Jumaat, 8 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Tuduhan komisen 30% untuk DAP hanya khayalan

Posted: 07 Nov 2013 03:05 PM PST

"Ini khayalan Pengarah Syarikat Banner King, Chan Boon Tong yang mendakwa tindakan-tindakan diambil oleh MPPP terhadap sepanduk-sepanduknya yang tidak dikeluarkan permit ada kaitannya dengan satu insiden yang berlaku sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008," kata Ng yang juga ialah Ahli Parlimen Tanjong.

Beliau berkata demikian ketika menafikan tuduhan Chan.

Chan Boon Tong mendakwa parti DAP meminta syarikatnya membuat sepanduk DAP untuk tujuan kempen pilihanraya umum di dalam tahun 2008.

Menurutnya, wakil DAP yang berunding dengannya meminta agar semua harga ditingkatkan sebanyak 30% sebagai komisen.

"Saya menolak tawaran tersebut dan ekoran itu, syarikat saya dimalukan oleh mereka beberapa kali," kata Chan dalam satu kenyataan media.

Chan yang mendapat kontrak Majlis Perbandaran Pulau Pinang turut mendakwa bahawa peluang perniagaan pengiklanan semakin berkurangan kerana peluang pengiklanan dikawal oleh pihak tertentu dari DAP yang memonopolinya.

Beliau menambah bahawa beliau dan kakitangan syarikatnya ialah penyokong yang mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Ng menambah bahawa dakwaan Chan tidak masuk akal kerana sepanduk calon DAP dalam pilihan raya umum ke-12 dicetak sendiri oleh calon dan tidak diuruskan oleh ibu pejabat DAP negeri Pulau Pinang.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved