Khamis, 14 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sultan Selangor gesa Herald, Bible Melayu henti guna kalimah Allah

Posted: 13 Nov 2013 04:19 PM PST

Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas persidangan di Dewan di-Raja Selangor pada 11 November lalu, berkata rakyat negeri Selangor tanpa mengira kaum dan agama perlu akur dan patuh kepada larangan menggunakan kalimah berkenaan.

"Baginda juga menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan kalimah Allah ini sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ini ialah satu kalimah suci dan melibatkan akidah umat Islam," kata kenyataan berkenaan yang dikeluarkan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, di Shah Alam.

Baginda turut bertitah bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

Ini adalah kali kedua baginda mengeluarkan arahan seumpama itu berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Selangor.

"Umat Islam digesa supaya merapatkan barisan dan bersatu padu dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah dan menghalang segala usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan dan menghina kalimah Allah yang suci ini," kata baginda.

 

Kelantan sedia laksanakan hukum Hudud

Posted: 13 Nov 2013 04:11 PM PST

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang telah diperintah oleh Pas selama lebih 20 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

"Kita memang dah siapkan beberapa persiapan asas kearah melaksanakan hukuman Hudud di Kelantan. Kita dah tubuhkan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa ini akan mengkaji pelaksanaan hukum tersebut," katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Mohd Amar juga masih berteka-teki bila Kerajaan negeri Kelantan akan melaksanakan hukum Hudud di negeri tersebut.

"Kita tidak menetapkan tarikh akhir bila kita akan laksanakannya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh jawatankuasa ini sebelum Hudud dilaksanakan. Nanti bila dah siap semua, Menteri Besar akan buat satu sidang media," terang beliau.

Apabila disoal mengenai kesediaan rakyat Kelantan untuk menerima pelaksanaan hukum Hudud, Mohd Amar berkata reaksi yang positif diterima oleh kerajaan negeri dari semua pihak, termasuk rakyat bukan Muslim di negeri itu.

"Setakat ini dianya diterima baik. Kita mendapat reaksi yang positif dari semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim," beliau berkata.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kesedia rakyat Malaysia secara keseluruhan dengan pelaksanaan Hudud di Kelantan.

"Bagi kesediaan rakyat di luar Kelantan kita tak tahulah, (mereka) bukan dibawah bidang kuasa kita," katanya lagi.

Mohd Amar, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan turut berharap kerajaan pusat tidak menghalang Kerajaan negeri Kelantan dari melaksanakan hukum Hudud di negeri tersebut nanti.

"Betul, memang dulu kerajaan pusat dah halang (dari melaksanakan hukum Hudud). Kita harap kali ini kerajaan pusat beri kerjasama dan perkara lalu tak akan berulang," beliau menambah.

Semalam, Ketua Hakim Syarie negeri Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Daud bagaimanapun berkata hakim-hakim khas perlu dilantik, menepati dengan tuntutan hukum Hudud sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari kerajaan negeri sebelum hukum Hudud ataupun Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 boleh dilaksanakan.

 

Siti Zailah: Hudud selesaikan krisis moral dan jenayah

Posted: 13 Nov 2013 04:06 PM PST

Menurut ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, sebelum ini Sultan Brunei telah meluluskan perlaksanaan Hukum Hudud di Brunei.

"Kanun Jenayah Syariah ll yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1992 lagi sepatutnya sudah lama dapat dilaksanakan namun kerana tekanan dan amaran dari Kerajaan Persekutuan ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini," katanya dalam Facebook beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad semalam yang mengatakan mahkamah itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Beliau sangat gembira dengan kenyataan Daud dan beliau amat mengalu-alukan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan bagi membendung masaalah sosial hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Rantau Panjang berharapan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kerjasama dalam perlaksanaan ini.

"Hukum Hudud adalah satu hukuman yang mendidik dan mencegah yang paling berkesan bertepatan dengan kehendak al-Qur'an," tegasnya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap janganlah ianya disalahertikan oleh musuh yang sering bersangka buruk terhadap Islam.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved