Sabtu, 30 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Satu lagi aduan kepada ROS terhadap DAP

Posted: 29 Nov 2013 07:50 AM PST

David Dass mendakwa Konvensyen yang bakal berlangsung esok yang turut membabitkan pemilihan Ahli Jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan, bercanggah dengan peraturan perlembagaan parti mengikut Fasal XV(9) di mana Setiausaha negeri gagal memberi notis pemberitahuan sekurang-kurangnya lapan minggu kepada semua Setiausaha Cawangan sebelum tarikh ditetapkan untuk konvensyen peringkat negeri.

"Peraturan Perlembagaan Fasal XV(9) amat penting kepada semua cawangan peringkat negeri untuk menominasikan wakil-wakil yang bakal ditandingkan untuk jawatankuasa peringkat negeri.

"Saya memohon pihak ROS dapat membantu dan memastikan hak-hak sebagai ahli parti tidak terabai oleh pihak-pihak tertentu di dalam DAP demi kepentingan peribadi," kata David Dass.

David Dass juga mendakwa bahawa ada beberapa cawangan DAP yang tidak menerima langsung notis pemberitahuan konvensyen.

"Ada beberapa cawangan DAP yang tidak menerima langsung notis pemberitahuan konvensyen. Contohnya Cawangan Ladang Paroi, Taman Desa Dahlia, Nilai Perdana dan Taman Bukit Emas.

"Selain itu saya juga kecewa apabila daripada 37 calon yang akan bertanding untuk 15 jawatan Ahli Jawatankuasa Negeri , hanya lima calon berbangsa India. Daripada lima calon itu empat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu P Gunasekaran (Senawang), J Arulkumar (Nilai), S Veerapan (Repah) dan Mary Josephine (Rahang). Saya tidak mengenali seorang lagi calon berbangsa India.

"Apa yang mengejutkan ialah tidak ada seorang pun calon berbangsa Melayu di dalam senarai 37 calon untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Negeri. Perkara ini mengejutkan saya walaupun ada pemimpin dan ahli DAP berbangsa Melayu di peringkat cawangan di Negeri Sembilan.

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan perkara ini. Ini perkembangan yang tidak sihat untuk sebuah parti yang mencanangkan sebagai parti berbilang kaum," ujar David Dass.

Sementara itu Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin apabila dihubungi FMT pagi ini berkata beliau mencabar David Dass untuk meneruskan tindakan beliau.

"Beliau bukan lagi ahli DAP dan beliau telah dipecat. Saya mencabar beliau meneruskan tindakan beliau tersebut (membuat aduan kepada ROS)," kata Cha dengan ringkas.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved