Ahad, 3 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Demokrasi lebih subur dalam PAS berbanding Umno, kata Kadir Jasin

Posted: 02 Nov 2013 04:43 PM PDT

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times itu dalam blognya berkata, perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.

"Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan," katanya dalam laman blog miliknya.

Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.

"Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus," katanya.

Pertembungangan antara Mohamad yang dikenali Mat Sabu dengan Mohd Amar pada 22 hingga 24 November nanti jelas Kadir bakal menyaksikan pertembungan kumpulan ulama dan bukan ulama.

"Sekiranya berlaku, ia sangat menarik. Ia akan mengulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan," katanya.

READ MORE HERE

 

Pengundi bukan Melayu derhaka kepada PAS?

Posted: 02 Nov 2013 04:32 PM PDT

Apakah pengundian esok bakal mengesahkan PAS terus unggul di kubu kuatnya itu atau sekadar berputih mata, andai BN berjaya merampas kerusi DUN-20 yang pernah diwakili oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini?

Berbekalkan rekod kemenangan lampau, PAS dijangka tidak menghadapi kesukaran mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan temanya; 'Kekal'.

Sebaliknya, BN terpaksa berkerja keras mendekati penduduk setempat dengan tawaran pakej pembangunan modal insan dan infrastruktur, untuk meraih sokongan, khasnya pengundi atas pagar kira-kira 14,000 orang yang selama ini memihak kepada PAS. 'Berani berhijrah' kah mereka sepertimana slogan BN dalam PRK itu?

Sebelum ini, PAS disifatkan selesa dengan kedudukan 60-40 peratus di DUN Sungai Limau (dulunya DUN Sala), berdasarkan kejayaan PAS meningkatkan undi sebanyak 1,351 kepada jumlah undi 13,294 pada PRU-13, berbanding 11,943 pada PRU-12. Dari satu segi lain, penganalisa politik berpendapat peningkatan itu hanya mewakili satu perempat (25%) daripada 5,255 pemilih baru, bukanlah suatu petanda baik untuk PAS di Sungai Limau kerana kecenderungan 75% lebih memihak kepada BN.

Strategi PAS mempertaruhkan calon muda berusia 37 tahun,  Mohd Azam Abdul Samat, cucu kepada Tuan Guru Haji Hamid, pengasas pondok di Bukit Besar, dilihat sebagai serampang dua mata, bukan sekadar mengekalkan imej kepimpinan ulamak oleh PAS, tetapi juga strategi menawan hati sebahagian 3,904 lagi pengundi muda yang mengundi BN pada PRU lalu.

Pun begitu, imej bersih calon PAS, sedikit tercalar apabila timbulnya isu poster kempen yang memanipulasi gambar Azizan, seorang tokoh dihormati oleh masyarakat Sungai Limau.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved