Jumaat, 29 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pay Hike for Legislators - Important Reform

Posted: 28 Nov 2013 11:36 AM PST

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/11/27/CA0E0103.ashx?w=620&h=413&crop=1& 

The pay hike for legislators and state executives is an important step towards real reform that could present a rare window of opportunity to bring about radical change. 

 

Ong Eu Soon

Over the past decades, Barisan has kept the pay for legislators and state executives artificially low to deny them financial freedom. The pay hike is commensurate with the positions and responsibilities of legislators and state executives. The pay hike could effectively serve as a deterrent to lawmakers succumbing to the temptation to seek illicit or unethical means of augmenting their salaries.

Anwar Ibrahim should have the audacity to view the pay hike in a positive light and stop acting ambiguously over the pay hike issue. Anwar should realise that living off the present wage is barely living for all the legislators in the country. The current pay is just wages earned by part-timers.

 

Something has to be done that represents a total change in how the Legislature is run. We should ensure that the legislators and the state executives cease to be designated as part-time employees, and accept strict limitations on outside income and more stringent oversight of their potential conflicts of interest.

The pay hike will attract people who are excited to be a full time legislator that will clear them of potentials for conflicts of interest with their career paths.

I reiterate my call for the Penang state government to embrace the Selangor or the Sarawak state government's idea of raising the minimum wage to RM12,500 or RM15,000 per month for the state legislators.

 

 

Mahasiswa Tak Tahu Malu Hanya Memalukan Negara

Posted: 28 Nov 2013 10:15 AM PST

http://1.bp.blogspot.com/-7WAV7sATu6k/UBxeOEkKYyI/AAAAAAAAAG8/RRyVOqSejC4/s310/LOGO%2BTFTN.jpg 

"Skor banyak A. Masuk universiti. Kejar pointer tinggi-tinggi. Dapat kerja bagus. Gaji besar. Rumah besar. Hidup senang lenang. Jadi hamba kapitalis. Definisi belajar kita? Di mana sumbangan untuk pembinaan tamadun? Persoalan yang sering bermain di minda."

Rusni Tajari

 
Pesta meraikan Konvokesyen
 
Forum Idelisme Gen-Y anjuran mahasiswa UIAM bersempena dengan Pesta Konvokesyen kali yang ke-29 pada 14 november lalu telah memperlihatkan kepada kita peri pentingkan perbincangan-perbincangan sebegini dan perlu lagi banyak untuk di ketengahkan. Melihat kepada keperluan masa kini, Gen-Y ini merupakan anak-anak muda yang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Di barisi oleh ahli panel yang tidak asing bagi mahasiswa kini yakni Saudara Anas Alam Faizli, Teach for the Needs (TFTN), saudara Ally Iskandar personaliti TV3 dan Imam Muda Adan.  
 
Jujur kata, melihat kepada ketiga barisan ahli panel ini, sudah pasti kita akan dapat sisi pandang yang jauh berbeza kerana mereka yang daripada latar belakang yang berbeza. Pun begitu, itulah yang harus diraikan. Soal perbezaan yang ketara dalam memberikan pandangan juga merupakan sesuatu yang harus di cerna dan di nilai. 
 
Mengapa Gen-Y? 
 
Jika dikatakan Gen-Y, satu perkara yang bermain di minda ialah mereka merupakan golongan yang menjadi harapan kepada pembaharuan. Mungkin mudah kita fahami bahawa generasi Y ini sebenarnya golongan-golongan muda yang sering dikaitkan dengan idea-idea yang baru, janggal, pelik malah ada kalanya radikal serta relevan untuk berdepan dengan realiti masa kini. Apa kelebihan yang ada pada Gen-Y ini? Mereka pemuda-pemudi tin kosong yang hanya ribut menentang itu dan ini atas nama mahasiswa sahajakah? Atau mereka memang tidak punya idealisme yang tersendiri dan hanya menjadi boneka parti-parti politik sahajakah?

Begitu banyak perkara yang merungsingkan dan menjadi kedukaan kepada kita bilamana mahasiswa ini seolah-olah tidak mampu keluar dari kerangka yang lebih besar dan berfikir berpuluh tahun kehadapan. Ini bukan omong kosong mahupun lawak kampus. Lihat saja kepada program-program yang di anjurkan oleh mahasiswa. Boleh dibilang dengan jari saja yang berani untuk membawa yang berbentuk intelektual dan mencabar minda. Kalau adapun hanya bersifat "one-off" dan berpenyakit "grand", "mega" dan sebagainya.

Program dibuat bermusim dan hanya menatijahkan "starpoint" ataupun untuk mengumpul markah tertentu yang menunjukkan penglibatan mereka. Mereka turun ke jalanan atas dasar "Ini untuk assignment", "kena hantar laporan". Mahasiswa apa ini? Apakah mereka tidak tahu malu dengan masyarakat di luar sana yang dalam kebingunan dan mendamba "sang pembebas" yang mampu menyelamatkan mereka dari belenggu politikus-politikus dan birokrat-birokrat rakus yang senantiasa mencari ruang untuk memiliki seberapa banyak yang mereka mahu?

Kesalahan sistem atau kekontangan idealisme?

Menurut Muhammad Abu Bakar (1973), mahasiswa memegang status sosial yang begitu tinggi di dalam masyarakat. Ini kerana mereka merupakan sekumpulan individu-individu yang seharusnya berperanan sebagai perantara antara masyarakat dan kerajaan. Mereka ada menduduki suatu institusi yang bebas dan mempunyai ruang yang sangat besar dan berpotensi tinggi untuk menjadi rujukan kepada kerajaan dalam apa-apa polisi.

Mengulas sedikit sisi pandang yang di lontarkan oleh Saudara Anas berkaitan sistem pendidikan kita yang menyebabkan punca berlakunya sindrom duduk-senyap ikut arahan saja. Betul, ini tidak dapat kita nafikan. Namun, sampai bila sistem harus disalahkan? Apakah mahasiswa yang hidup di zaman teknologi ini tidak mampu bangkit dan memberi kesan kepada sistem? Begitu banyak ruang-ruang dalam sistem yang kosong dan berlubang-lubang yang boleh mahasiswa ambil peranan mengambil tanggungjawab membuktikan sebaliknya dan membelakangi sistem.

Saat kerajaan mengeluarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, di mana suara mahasiswa pendidikan kita untuk memberikan kritikan yang kritikal terhadap isu ini? Saat kerajaan membentang Bajet (baca: belanjawan) 2014, kita pun terkial-kial menunggu apa kata Pakatan Rakyat, apa kata NGO-NGO.

Di mana suara mahasiswa ekonomi untuk memberikan pandangan dan menyentuh baik buruknya bajet (baca: belanjawan) dari kerajaan ini? Apakah ada kesatuan mahasiswa yang dibentuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan pandangan mahasiswa seluruhnya secara objektif tentang ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dicadangkan mahupun semangat ingin memastikan pelan yang begitu cantik itu terlaksana tanpa ada ketirisan?

Persoalan-persoalan seperti ini tidak akan mampu dijawab oleh mahasiswa jika mereka masih berdegil dan mementingkan diri sendiri. Demokrasi partisipatif yang diidam-idamkan begitu jauh dari terlaksana. Paling tinggi pun mahasiswa hanya mampu melihat politik melalui kaca mata parti-parti politik idaman mereka. Sedangkan, mereka tidak sedar kita masih tertinggal ramai anak-anak muda yang masih lagi atas pagar. Contohnya di dalam pilihanraya, undi anak muda terutama yang pertama kali mengundi adalah sangat penting. Mengikut Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ketika menjelang pilihan raya, sebanyak 48 peratus pengundi kali pertama masih belum menentukan pilihan.

Kenapa trend sebegini wujud? Apakah mereka sebenar-benar tidak cakna akan politik? Atau pada pandangan mereka melihat politik menerusi parti politik itu sangat membebankan? Sehingga mereka tidak tahu mahu memilih siapa. Mungkinkah ini menunjukkan betapa ada ruang supaya mahasiswa bersatu semata-mata atas nama mahasiswa yang benar-benar ikhlas membantu masyarakat dan menegakkan keadilan sosial tanpa apa-apa aspirasi jawatan Ketua Pemuda, Ketua Cawangan mahupun Ahli-Ahli Dewan Pusat?

Tanggungjawab dan kerja sosial
 
Kerja sosial ni apa sebenarnya? Tanggungjawab ataupun saja-saja ngin mengisi masa lapang buat program sandiwara atau bersifat reactionari semata-mata?

Menurut Ekman & Amna (2009), Putnam menggunakan istilah "civic engagement" yang memberi maksud modal sosial yang menjadi pra-syarat kewujudan sebuah masyarakat demokratik. "Civic Engagement" ini bukan suatu sandiwara program bermusim. Skopnya begitu luas yang mementingkan beberapa aktiviti-aktiviti seperti kekerapan membaca surat khabar, penglibatan aktif dalam isu-isu kemasyarakatan, membina hubungan baik dengan badan-badan kemanusiaan dan pelbagai lagi projek-projek yang membumi.

Pada tahun 1998, penubuhan Universiti Bangsar Utama (UBU), merupakan salah satu contoh yang sehingga ke hari ini telah menjadi ikon aktivisme yang seharusnya diberi pujian dalam banyak kes kemasyarakatan seperti kes perobohan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Damansara, perobohan rumah peneroka bandar di Kampung Berembang, dan protes pembinaan empangan di Sungai Selangor.

Kelab Mahasiswa TFTN (Teach for The Needs) yang baru ditubuhkan juga masih merangkak dalam dunia aktivisime memperjuangkan anak-anak corot dan yatim dan mengharap penglibatan lebih dari mahasiswa untuk merespon isu-isu masyarakat dengan lebih berstruktur melalui platform apa pun. Ruang-ruang politik baru telah membuka banyak jalan kepada mahasiswa untuk menyumbang secara fungsional mahupun structural dalam berperanan dengan lebih kukuh dan mampu memberdaya masyarakat secara kolektif dan efisyen.
 
Meneroka ilmu di luar-luar kelas

Kebanyakan mahasiswa masih membiarkan diri mereka terperangkap dengan pelajaran di dalam kelas. Di samping mengharapkan ilmu seputar nota-nota pensyarah, mereka juga sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi Tuhan peperiksaan yang mereka begitu gentar untuk berhadapan dengannya.Sudahlah tidak bertanggungjawab ke atas amanah ilmu yang di pegang, ditambah pula dengan berbangga mampu bergraduasi selepas beberapa tahun pengajian. Kemudian hanya hilang ditelan arus tatlaka menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dan menjadi hamba kepada keinginan material yang tidak pernah padam.
 
Persoalannya, Gen-Y yang semacam inikah yang kita harap dan agung-agungkan? Dari segi apa lagi masyarakat dapat bergantung kepada mereka? Persoalan terlalu banyak untuk di rungkaikan. Saat pengakhiran kepada forum ini aku berfikir sendirian. Sepanjang menjadi mahasiswa, geladangan mana yang telah telah aku suapkan makanan ke mulut mereka? OKU mana yang telah aku memberdaya? Anak yatim mana yang telah aku titipkan kasih saying dan menjadi ganti kepada ibu atau bapa mereka? Hak-hak golongan miskin mana yang telah aku perjuangkan? Golongan pekerja mana yang telah aku temui dan memikirkan masalah mereka? Sampai bilakah aku ingin memahatkan diriku ke dalam istana universiti serba-kongkong ini dan terus terpenjara di sebalik cermin-cemin kelas?

Aku percaya begitu banyak realiti-realiti diluar yang boleh mengajar kita lebih dari apa yang kelas mampu sediakan.Begitu banyak manusia yang perlu aku santuni dan bantu. Dan aku percaya mahasiswa sepatutnya percaya akan potensi mereka sendiri. Sudah berapa artikel yang telah dikeluarkan bagi menjengah mahasiswa untuk bangkit. Tiadalah daya apa lagi jika anda sendiri tidak mahu menyahut seruan itu. Akhir kata,anak muda, carilah jalan hidupmu, cabarlah dengan hikmah.

"Idealisme adalah kemewahan terakhir yang hanya dimiliki oleh pemuda." ― Tan Malaka

*Rusni Tajari merupakan seorang mahasiswa UIA dan setiausaha agung Kelab Mahasiswa TFTN.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved