Selasa, 19 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


25 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam

Posted: 18 Nov 2013 06:04 PM PST

Ahli MAIS, Datuk Aidit Ghazali berkata kenyataan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu nyata bersifat berat sebelah dan condong kepada pembangkang.

Aziz Bari sebelum ini berkata pemerintah negeri di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menggantung atau menafikan hak beragama bukan Islam yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan, lapor laman portal  Antarapos.

Beliau berkata demikian beberapa hari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar akhbar mingguan Katolik, The Herald dan kitab Bible versi Melayu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah.

Titah Baginda selari dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober yang memutuskan The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam sebarang penerbitannya.

Aidit berkata, Aziz Bari perlu akur pada peranan Baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

"Dia (Dr Aziz) tak ada apa-apa kuasa, tapi Tuanku ada kuasa. Dalam hal ini kita kena lihat apabila Tuanku bertitah, Tuanku tidak bertitah dengan apa-apa sandaran memihak kepada pandangan politik tapi Dr Aziz kita semua tahu inklinasi beliau pada politik pembangkang.

"Justeru apabila orang membuat sesuatu kenyataan dan bersandarkan kepada sesuatu inklinasi politik, maka pandangan itu bersifat prejudis," katanya.

Aidit selain itu berkata, titah Sultan Selangor perlu dilihat dari semua aspek bagi memelihara kesucian agama Islam.

Baginda juga merujuk kepada apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah, ijmak para ulama serta fatwa-fatwa yang diwartakan di peringkat negeri dan kebangsaan, sebelum bertitah sedemikian, ujar Aidit.

"Pendapat Dr Aziz Bari ialah pendapat peribadi beliau. Apabila Tuanku Sultan Selangor membuat titah sedemikian rupa, Baginda mengambil kira dari pelbagai aspek, bukan sahaja aspek perlembagaan persekutuan, tetapi dari aspek apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah dan Ijmak Ulama, serta aspek fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwa yang diwartakan di peringkat negeri serta aspek kuasa Baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor.

"Ada pakar-pakar sehebat Dr Aziz malah ada yang lebih hebat yang sebenarnya mengiyakan dan menyokong apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor," jelasnya lagi.

Aidit kemudiannya mengingatkan Selangor sebelum ini meluluskan Enakmen Agama Buakn Islam (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 yang menetapkan 25 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Perkataan itu adalah Allah, Illahi, Rasul, Fatwa, Firman Allah, Wahyu, Iman, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haji, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali dan ibadah.

 

Karamkah kapal DAP-PAS ekoran Karpal?

Posted: 18 Nov 2013 01:57 PM PST

Disahut pula oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain antaranya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan yang juga calon Timbalan Presiden PAS Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah yang menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor hanya satu suara ganjil dalam Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, segelintir dengan cepat berpendapat bahawa inilah bibit-bibit yang boleh menjerumuskan kedua-dua parti ke lembah kebinasaan yang memungkinkan kapal PR karam apabila PAS tidak lagi mahu menjadi antara nakhoda utamanya.

Ada yang yang berpendapat bahawa perbalahan secara terang-terangan ini menjadi suatu manifestasi kepada kekecewaan PAS dalam bergandingan bersama DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang tidak lagi dapat dibendung.

Malah ada juga yang berpendapat kelantangan pimpinan PAS ini adalah sebahagian kempen di kalangan calon-calonnya menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015 bermula 20 November ini.

Apa jua penyebab atau ramalannya, perbalahan secara terbuka yang mendapat liputan meluas oleh media cetak, elektronik dan portal berita tempatan terutama milik Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 itu, secara terang lagi bersuluh, menggambarkan kekusutan hubungan antara PAS dan DAP.

Itu belum termasuk kecenderungan PAS Kelantan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri tersebut, suatu tindakan yang tidak digemari oleh DAP dan sering menjadi punca pertikaman lidah antara kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tidak mampu untuk menjadi faktor utama kepada perpecahan dalam PR, apatah lagi tidak memungkinkan kepada keputusan PAS untuk tidak lagi bergandingan bersama DAP dan PKR pada PRU14.

Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan ialah keputusan pemilihan PAS pada 24 November ini yang akan menjadi penentu kepada kesinambungan hubungan erat antara parti komponen dalam PR terutama DAP dan PAS.

Ada yang berpendapat, jika Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu berjaya mengekalkan jawatannya, maka hubungan PAS dan DAP kekal seperti biasa malah akan terus diperkukuhkan.

Telah menjadi rahsia umum mengenai hubungan akrab antara Mat Sabu dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semenjak sama-sama menjadi penghuni Kem Kamunting semasa Operasi Lalang 1987.

Keakraban yang dicemburui oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin ini terserlah kerana Guan Eng dikatakan sanggup berjaga malam jika Mat Sabu mengajaknya menemani beliau makan nasi kandar jika Mat Sabu singgah di Pulau Mutiara itu.

Keakraban tersebut juga meletakkan Mat Sabu dalam kedudukan untuk menjawat kerusi Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA).

Namun jika Nik Amar pula berjaya meneruskan Mat Sabu untuk jawatan nombor dua dalam PAS itu, ramai melihat bukan sahaja keakraban antara kedua-dua parti itu tergugat, malah turut melibatkan PKR.

Pandangan ini tidak salah jika dilihat pada kenyataan Nik Amar sebelum ini yang pernah bertegas mengenai keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu pada PRU13.

Nik Amar dipetik sebagai berkata : "PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi Parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu Islam."

"Kita bukan nak menarik diri daripada PR tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang Melayu menyokong Umno bukan PAS," kata Nik Amar lagi yang melegakan ramai penyokong PR.

READ MORE HERE

 

Tahniah PAS Kelantan kerana tubuh jawatankuasa khas hudud

Posted: 18 Nov 2013 01:52 PM PST

Menerusi jawatankuasa itu ia boleh mencari pendekatan dan penyelesaian terhadap teknikal yang boleh membantu pelaksanaan Jenayah Syariah II (hukum hudud) yang dilulus DUN Kelantan sejak tahun 1993.

Tampaknya cadangan saya itu selari dengan kehendak PAS Kelantan. Hari ini PAS Kelantan mengumumkan penubuhan jawatan kuasa khas bagi melincinkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri tersebut yang berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa itu digerakan oleh Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Kelantan, di mana jawatankuasa itu dipimpin sendiri oleh Menteri Besar Ahmad Yaacob.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Luham Hisham Fauzi yang juga merupakan ahli jawatankuasa khas berkenaan.

Tahniah kepada PAS Kelantan yang peka mengenai hal ini. Cuma sedikit dipersoalkan kenapa jawatankuasa itu tidak ditubuh di peringkat negeri? Mungkin kalau ia ditubuh diperingkat negeri jawatankuasa berkenaan lebih rasmi, skopnya lebih luas dan efektif. Peruntukan RM1 juta boleh diguna pakai jawatankuasa berkenaan.

Bagaimana pun sebagai permulaan ia sesuatu yang baik dan menjelaskan keprihatinan dan kesungguhan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum berkenaan. Tahniah.

Dalam pada itu, sehubungan isu hudud sehari dua ini diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk juga wakil rakyat Umno Annuar Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah serta Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Daud Muhammad yang memberi jaminan pihaknya bersedia melaksanakan hukum berkenaan, adalah elok kalau Ahmad Yaakub menulis surat kepada Perdana Menteri Mohd Najib Razak memohon pengecuali untuk Kelantan melaksanakan yang kesekian lama tertangguh itu.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved