Khamis, 21 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Harun Taib mahu PAS laksana Islam tanpa takut

Posted: 20 Nov 2013 03:38 PM PST

Biarpun beliau tidak menyebut secara terangan-terangan nama yang diperkatakan itu, Harun turut mengkritik rakan Pakatan Rakyat yang meminta PAS membatalkan pendaftaran parti itu kerana berdasarkan agama, sebaliknya menggesa rakan dalam pakatan pembangkang itu untuk menerima Islam sebagai sebuah ideologi yang mampu mengukuhkan perpaduan kepelbagaian kaum.

Harun berkata demikian dalam reaksinya apabila melihat wujud trend yang kerap membangkitkan konsep negara Islam dan undang-undang jenayah hudud PAS terutama pada musim pilihan raya umum lalu.

Menurut Harun, kenyatan demikian sering dimainkan bagi memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang boleh menarik golongan pengundi terdiri daripada Melayu moderan dan bukan Islam.

"Kita tidak mahu ada ahli kita yang takut untuk mengakui kepayahan kita melaksanakan undang-undang Islam kerana mengambil kira negara yang diduduki  pelbagai kaum dan agama semasa Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam dilakukan dengan suasana negara di mana yang mempunyai kepelbagaian dan masyarakat kita tidak boleh lemah hanya kerana perbezaan agama dan kaum, " katanya semasa ucapan pembukaan di Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam hari ini.

Rakan PAS dalam PR, DAP, dilihat kurang senang apabila PAS cuba berkempen untuk mengubah Malaysia menjadi negara Islam dan mahu melakasanakan hukum hudud bagi negeri yang ditadbir PR.

READ MORE HERE

 

Dewan Ulama: Pas parti paling relevan

Posted: 20 Nov 2013 03:35 PM PST

Timbalan Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa.

Menurutnya, Pas juga sesuai dalam keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama kerana ia berteraskan Islam yang melangkaui batas perkauman.

"Pemimpin PR yang mencadangkan pendaftaran Pas dibatalkan kerana ia berasaskan agama... bahawasanya Pas adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa dalam keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama kerana Islam diturunkan ALLAH kepada manusia yang berbilang bangsa."

"Kerana itu saya menyeru pemimpin pakatan PR supaya menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negara," katanya pada persidangan Dewan Ulama Pas kali ke-52 hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Tahaaluf Siyaasi merupakan jalan terbaik dalam memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.

"Islam adalah penyelesaian terbaik dalam permasalahan manusia," ujarnya.

 

Muktamar: Budaya 'chai' kini menular

Posted: 20 Nov 2013 10:17 AM PST

Satu kumpulan yang menggelar mereka sebagai pasukan dinamik diketuai Suhaizan Kaiat sebagai ketua dengan timbalannya Ahmad Zamri.

Sementara itu, satu lagi kumpulan dengan motto 'Pemimpin Harapan Pemuda' meletakkan Kamaruzaman Mohamad sebagai ketua bersama timbalannya Khairil Nizam.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua 'chai' itu mendapat restu atau disediakan sendiri oleh calon Ketua Pemuda yang bertanding dalam pemilihan kali ini. Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tiada dalam kedua-dua senarai itu.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved