Ahad, 17 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hudud di Kelantan: Najib belum halang, kata Ketua Hakim Syarie

Posted: 16 Nov 2013 03:43 PM PST

Daud berkata, pelaksanaan undang-undang Islam di negeri wajar kerana diluluskan oleh semua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kalau pusat halang, DUN tidak lulus, BN (Barisan Nasional) pun tidak halang.

"Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) sahaja yang dikatakan tidak lulus, PM sekarang ini tak dengar lagi dia kata tak boleh," katanya  yang dipetik dalam satu wawancara khas dengan akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau juga bertegas keputusan yang dibuat adalah sebulat suara, iaitu PAS, Umno dan BN bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud di negeri tersebut.

Di samping itu, Daud mempertahankan undang-undang Islam sebagai sesuai dengan peredaran arus zaman kerana ia dibuat oleh Tuhan.

"Islam sesuai untuk setiap zaman, setiap masa, setiap keadaan, apa jua boleh laksana, Tuhan lebih mengetahui.

"Dia (Tuhan) buat undang-undang masa berlaku macam mana, kalau tidak tak ada ertilah, hanya undang-undang manusia sahaja masa tertentu sesuai masa lain pula tak sesuai," katanya.

Apabila ditanya mengenai bangkangan dan tentangan terhadap hasrat untuk melaksanakan Hudud, Daud berkata, ia sememangnya sudah dijangka akan berlaku.

"Itu mana-mana pun ada, undang-undang negara sekarang mana ada orang tak menentang," katanya.

Rabu lalu, Daud berkata, Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Selepas pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih  20 tahun.

READ MORE HERE

 

Ke mana PAS selepas muktamar ini?

Posted: 16 Nov 2013 03:18 PM PST

Moden yang yang dimaksudkan itu bukan dari pakaian. PAS bukan lagi sebuah gerakan politik kampung, yang ahlinya petani, nelayan mahupun buruh kasar serta guru agama lepasan sekolah pondok.

PAS moden ini dipenuhi rofesional yang terkandung di dalamnya jurutera, ahli perniagaan, akauntan dan sebagainya. Sebahagian pimpinan telah menguasai polisi parti.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu adalah kumpulan profesional, begitu juga tiga Naib Presiden iatu Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa. Episod itu mahu diulangi pada muktamar 22 November ini.

Apa yang pasti PAS kini semakin terbuka supaya menghampiri polisi Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR dan DAP.  Tidak syak lagi PAS meninggalkan tradsional kerana memenuhi keinginan rakan kongsinya itu.

Namun ahli PAS telah berada di peringkat persimpangan. Mereka perlu membuat keputusan untuk menentukan hala tuju – moden atau sebaliknya.

Sebahagiannya bimbang kerana permodenan parti akan menyebabkan meminggirkan golongan veteran yang bukan berkelulusan profesional semakin terpinggir.

"Saya mahu PAS yang lama, iaitu PAS yang Islam," kata Rosli Idris, berusia 73 tahun seorang ahli PAS di Titiwangsa.

"Tetapi PAS hari ini telah menjadi parti untuk orang bijak pandai. Saya bimbang golongan seperti saya tidak lagi berguna," katanya yang dihubungi hari ini.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved