Sabtu, 12 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar kritik Khalid, kedudukan MB Selangor dalam bahaya

Posted: 11 Oct 2013 06:47 PM PDT

Menurut Anwar, Abdul Khalid tidak seharusnya berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri Selangor akan tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menjadikan Setiausaha Agung DAP itu sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan seimbang.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik. Bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini," kata Anwar di hadapan hadirin dalam program yang turut menampilkan Dr Ong Kian Ming daripada DAP dan bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

Perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali.

Pada ketika itu, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa oleh kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden parti itu turut merungut apabila pimpinan pusat PKR tidak melakukan perbincangan dengan parti diperingkat negeri dalam urusan pelantikan menteri besar Selangor bagi penggal kedua.

Azmin juga tidak dapat melakukan apa-apa kerana PKR mempunyai kerusi DUN paling sedikit di Selangor dengan hanya 14.

Hasilnya, hubungan keruh diantara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah.

Ini menyebabkan Anwar menghantar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak beliau senangi berhubung pentadbiran Abdul Khalid.

Saifuddin dilantik menjadi Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Julai lalu, sesuatu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini di negeri terkaya Malaysia itu dan mirip kepada sistem Amerika Syarikat.

Pada masa sama, Khalid melantik Saifuddin sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih dimenangi Umno dalam pilihanraya umum lalu.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved