Isnin, 7 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri

Posted: 06 Oct 2013 09:24 PM PDT

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke (pic) menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

 Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.

"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."

Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.

"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."

Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, turut menggesa supaya polis menyiasat hubungan Ahmad Zahid dengan kumpulan tersebut "memandangkan mengakui beberapa ahli kumpulan tersebut adalah rakannya".


READ MORE HERE 

Menteri Bawak Budak Naik Moto Tak Pakai Helmet Jadi Isu

Posted: 06 Oct 2013 11:23 AM PDT

Kelakukan yang tak ada siapa nak kisah mula diulas dari pelbagai segi.

"Yang salah tetap salah…"

Itulah antara baris ayat yang muncul selepas sekeping gambar memperlihatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau bersiar-siar dengan seorang anak kecil tanpa memakai topi keledar muncul.

Entah gambar bila… namun tetap juga dijadikan isu. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved