Sabtu, 19 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


TPM nafi keluar kenyataan

Posted: 18 Oct 2013 04:34 PM PDT

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan akaun Facebook itu bukan milik beliau dan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook itu yang menggunakan nama 'Tansri Muhyiddin Yasin'.

"Saya menafikan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun FB (Facebook) mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan itu dan akaun FB itu bukan milik saya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Akaun Facebook itu dikesan memuat naik kenyataan pada pukul 8.30 pagi ini yang menyebut Mukhriz telah disingkir daripada percalonan naib presiden Umno.

Kenyataan itu, antara lain berbunyi "Pihak Lembaga Disiplin Umno telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini.

"Saya berharap pihak Lembaga Disiplin Umno dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin," menurut status dalam Facebook itu.

Status yang dimuat naik itu telah mendapat 45 komen dan 32 like setakat 1.30 petang ini.

Mukhriz terima permohonan maaf M'sia Insider

Sementara itu, Mukhriz membatalkan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita Malaysian Insider yang memohon kepadanya susulan penyiaran laporan beliau terbabit politik wang.

Mukhriz berkata portal berita itu juga menarik balik laporan berita yang disiarkan semalam.

"Laporan ini keluar pada saat-saat akhir sedangkan kita telah berkempen selama dua minggu, tiada pun gambaran atau andaian buruk sangka timbul.

"Saya tergerak mengambil tindakan undang-undang terhadap The MalaysianInsider sebagai amaran dan untuk mempertahankan diri. Media dalam talian dan alternatif yang bebas mesti beretika membuat laporan," katanya kepada pemberita, di Jerlun, Kedah hari ini.

Mukhriz sebelum itu diumum menang jawatan ketua Umno Bahagian Jerlun tanpa ditandingi.

Beliau yang juga bertanding jawatan naib presiden parti tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang mahu beliau kalah dalam pertandingan peringkat tertinggi berkenaan.

Semalam, portal berita itu menyiarkan laporan yang antara lain mendakwa Mukhriz mengamalkan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.

Susulan itu, pihak Menteri Besar berkenaan meminta pengendali portal menarik balik laporan dan meminta maaf kepada Mukhriz sebelum pukul 10 pagi hari ini atau berdepan tindakan undang-undang.

Hari ini pengendali laman tersebut menarik balik laporan berkenaan sambil menyatakan laporan itu tidak tepat. Menurut Mukhriz beliau menerima permohonan maaf itu pada 9.48 pagi tadi.

Selain laporan Malaysian Insider itu, ada laman sosial yang menggunakan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan maklumat menyatakan Mukhriz hilang kelayakan bertanding.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata :"Ini satu lagi cubaan tidak beretika untuk menggagalkan saya dipilih menjadi naib presiden." 

 

Hishamuddin Rais keluar kenyataan kontroversi lagi berbahaya

Posted: 18 Oct 2013 12:40 PM PDT

Tidak kiralah apa tujuan sebenar Hishamuddin sekali pun, dia seharusnya hati-hati apabila mahu bermain dengan soal agama.

Malah ada pengikut Twitter yang tidak berasa selesa dengan status tersebut telah meminta supaya dia memberi penjelasan memandangkan status itu boleh mengelirukan.

Hishamuddin yang dikenali sebagai manusia sinikal turut berpesan di hujung status Tweet supaya 'jangan marah'.

Tweet yang dimuatnaik olehnya pada 17 Oktober jam 11.32 pagi itu dipercayai satu daripada siri sindiran Hishamuddin terhadap orang Melayu ekoran kes kalimah Allah, menurut sumber mynewshub.

Apa agaknya komen para ulama dan bijak pandai agama yang banyak terdapat dalam barisan Pakatan Rakyat berkenaan kelancangan mulut Hishamuddin ini agaknya. 

 

Husam harap Mukhriz menang

Posted: 18 Oct 2013 10:17 AM PDT

Beliau berkata, kemenangan Mukhriz penting bagi membolehkan Tun Mahathir Mohamad menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada barisan kepimpinan Umno jika masih berminat menandatangani perjanjian tersebut.

"Itu saja cara untuk kita selamat daripada TPPA, ia tidak berkesan dengan bersuara dari luar kerana rakyat di kampung-kampung tidak faham implikasi TPPA ini sedangkan ia merupakan satu bentuk penjajahan baru yang lebih dahsyat daripada penjajahan British dahulu.

"British menakluki negara melalui beberapa perjanjian seperti perjanjian Pangkor, penyerahan Pulau Pinang dan sewa beli Singapura yang akhirnya menyaksikan mereka mengaut kekayaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Korban anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) di Markas Penerangan Pas Pasir Puteh di sini, kelmarin.

Turut hadir, Presiden Royalti, Nazri Deraman; Pengerusi Royalti Pasir Puteh, Zarir Yaacob; Yang Dipertua Pas Kawasan, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Yuganu Yunus.

Husam berkata, TPPA akan menyaksikan Amerika datang bersama syarikat-syarikat besar yang dilindungi menerusi perjanjian tersebut untuk mengongkong perdagangan negara.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau gerakan anti TPPA perlu mengadakan bantahan khususnya di Jeli, Kelantan kerana menteri yang bertanggungjawab adalah Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

"Saya percaya rakyat Jeli tidak memahami TPPA sedangkan ianya merupakan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Menurutnya, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sepatutnya datang ke Malaysia baru-baru ini bagi tujuan tersebut tapi ia ditangguhkan memandangkan Perhimpunan Agung Umno belum selesai.

Amerika Syarikat memberi respons positif ke atas gesaan Malaysia supaya rundingan TPPA lebih fleksibel dan ia dilihat membantu mengukuhkan hubungan ekonomi antara Washington dan Kuala Lumpur.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved