Ahad, 13 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Khalid bidas Anwar, bukan senang kumpul lebihan dana kerajaan negeri

Posted: 12 Oct 2013 07:20 PM PDT

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
   
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.
   
Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.
   
"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya.

 

‘Allah’: Bukan hak esklusif untuk Muslim sahaja

Posted: 12 Oct 2013 04:35 PM PDT

Walaubagaimanpun, rakyat Sabah Sarawak tetap tenang berhadapan isu ini meskipun laporan FMT kelmarin memaklumkan Jakim melalui khutbah Jumaat menggesa umat Islam mempertahankan kalimah tersebut.

Pengguna Facebook terutama sekali penduduk Sabah Sarawak baik Kristian dan Islam mempunyai persefahaman mengenai isu ini.

"Sebagai seorang Muslim, saya takda masalah agama lain guna kalimah Allah," ujar Datuk Seri Chazy Chaz

Pengguna Facebook yang lain pula, Abdul Halim berkata: "Sebenarnya, penggunaan kalimah "Allah" telah ada sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

"Digunakan meluas di jazirah Arab yang pada ketika itu berada dalam zaman jahiliyah lagi. Jika kita mengkaji dengan mendalam, nabi-nabi diturunkan lebih kerap ke kawasan Jazirah Arab yang banyak didedahkan dalam al-Quran."

Sementara itu, Gillan Lee menambah: "Tetap akan gunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan terutamanya kerana saya di Sarawak.

" Apa pun keputusannya, saya berhak mengunakan kalimah suci bersama dgn jutaan umat Kristian lain. Dan paling penting sekali Muslim di Sarawak tidak mudah 'terkeliru' seperti di Semenanjung maka tiada masalah remeh."

Pendirian gereja?

Dalam masa yang berasingan, Pengerusi Persektuan Gereja-gereja di Sabah dan Sarawak  Bolly Lapok (Sarawak) dan Thomas Tsen menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Kristian melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dimana asas pembentukan negara ini.

"Ini adalah penghinaan, keseluruhannya tidak boleh diterima dan pengkhianatan terang-terangan ke atas Perjanjian Malaysia yang menjamin hak-hak orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah untuk bebas beragama," tegas Bolly Lapok dalam satu kenyataan

Sementara itu, Thomas Tsen berkata: "Dengan menghormati kepada pihak berkuasa pentadbiran, sama ada perundangan, badan eksekutif atau kehakiman kerajaan, kami meminta ketaksuban agama, perkauman dan ekstremisme tidak harus diteruskan dan dibenarkan membarah dan racun negara Malaysia."

Keputusan bakal diketahui pada Isnin ini. Kes sudah tertangguh sebanyak beberapa kali setelah difailkan sejak 2009.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved