Selasa, 3 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Bahas dan bahas lagi di Malaysia

Posted: 02 Sep 2013 12:12 PM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.127963.1359941017!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg

Kerajaan Malaysia kekal lama dan kerajaan Kelantan dapat bertahan, kerana ada jasa. Perbahasan tidak mengapa, tetapi kemasukan hasutan dan fitnah amatlah memeritkan.

Rahman Shaari, Sinar Harian 

Di negara kita, terlalu banyak perkara yang telah dan sedang dibahaskan. Kita yakin, banyak lagi topik yang menunggu giliran. Perbahasan-perbahasan itu ada yang amat berguna, tetapi ada juga yang gah untuk satu-satu masa, dan hilang apabila dirasakan tiada mileage lagi.

Tanpa membelek akhbar dan majalah lama pun kita dapat mengingati sejumlah perkara yang dibahaskan. Kita telah berbahas tentang baik dan buruknya kerjasama Pas dengan Umno. Isu itu tenggelam dan timbul. Kita berbahas tentang kalimah ALLAH.

Ada pihak mengatakan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja, manakala pihak lain mengatakan kalimah itu  bebas untuk agama lain. 

Ada antara kita yang membawa idea bahawa polis zaman British tidak usah dianggap pejuang. Kata pihak ini, penyerang polis di Bukit Kepong ialah hero. Ini mengundang perbahasan. Seterusnya ada yang mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Inggeris hanya datang berehat di sini. Ini juga mengundang perbahasan, kerana  jika tanah air kita tidak pernah dijajah, mengapakah kita menyambut Hari Kemerdekaan?
Kita juga berbahas tentang PTPTN, sama ada akan diteruskan, atau dihentikan.

Ada cadangkan agar wang diberikan terus kepada pelajar, tanda kerajaan mengamalkan kebajikan. Hal ini pun dibahaskan.

Para pendidik kita  berbahas tentang pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sama ada bagus atau sebaliknya. Ada yang mengatakan pengajaran demikian  akan menjadikan pelajar kurang patriotik, tetapi ada yang mengatakan hal itu tiada kaitan dengan patriotisme. 

Nama bahasa kita pun dibahaskan: bahasa Melayu atau bahasa Malaysia? Ada yang berhujah mengatakan bahasa Melayu ialah bahasa yang tercatat dalam perlembagaan, manakala pihak yang satu lagi mengatakan bahasa Melayu untuk Tanah Melayu, bahasa Malaysia untuk negara Malaysia.

Kita asyik berbahas tentang perkara-perkara biasa, dan perkara-perkara itu dicari segi sensasinya. Kita tahu bahawa persahabatan Umno-Pas ialah sebaik-baik pilihan untuk kesejahteraan Malaysia, tetapi antara kita ada yang menimbulkan segi-segi lain yang  sensitif. Konsep asabiyah misalnya,  dimunculkan untuk membangkitkan kemarahan.

Jika kita bertolak daripada anggapan suci bahawa umat Islam bersaudara, Umno dan Pas sebenarnya bersaudara. Terlalu kerap orang membacakan surah yang menyatakan 'Berpeganglah kamu pada tali ALLAH jangan kamu berpecah belah'. Itu dikemukakan oleh ahli-ahli agama.

Bagi orang politik, setelah mereka mengatakan 'jangan kamu berpecah belah', mereka jugalah melancarkan semangat berpecah belah melalui perbahasan songsang. Ada yang mengatakan pihak musuh politiknya kurang beragama, atau kurang Islamik, padahal mereka menyedari makna al-Quran surah al Hujurat ayat 11. Pihak menuduh mungkin lebih buruk daripada pihak dituduh.

Berkaitan bahasa Melayu dan bahasa Malaysia, itu ialah nomen clature. Jika kita tidak pernah mengubah daripada bahasa Melayu ke bahasa Malaysia, maka bahasa Melayulah yang betul. Jika perubahan telah dilakukan, maka tunjukkanlah dokumen perubahan itu. Ertinya, perbahasan tidak diperlukan, tunjukkan saja apa yang betul.

Perbahasan yang kita langsungkan selama ini, sebahagiannya merugikan masa dan tenaga. Teruk-teruk satu pihak menjelaskan bahawa Pas elok berbaik-baik dengan Umno,  ada saja hasutan untuk menjarakkan kedua-dua parti tercinta itu. 

READ MORE AThttp://www.sinarharian.com.my/kolumnis/rahman-shaari/bahas-dan-bahas-lagi-di-malaysia-1.198039

Let a Chinese manage UDA

Posted: 02 Sep 2013 09:54 AM PDT

http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/authors/zaid_170x62.jpg 

Such a person will have no duty or obligation to help fellow Umno-members and comrades and will not be afraid to upset other "pressure groups" who will always use the Malay cause to get things for themselves. 

Zaid Ibrahim, TMI

The Deputy Prime Minister has called on UDA Holdings Berhad to return to its original aim of helping urban Bumiputera households and traders acquire properties.

Good, but unfortunately we have heard such exhortations and reminders countless times before.

UDA was established in 1971. According to its charter, it had the noble aim of promoting and carrying out urban development projects including improvements to the environment, services, amenities, traffic, parking, recreational and community facilities as well as "other public improvements for the promotion of national unity, health, safety, convenience and welfare".

The immediate policy goal of urban development was to achieve "the distribution of opportunities among the various races in the field of commerce and industries, housing and other activities".

We must remember that all this took place in the aftermath of 13 May 1969 and UDA's mandate was a very important part of the New Economic Policy to address the socioeconomic imbalances that had put the nation in jeopardy.

UDA had several excellent successes. Many of us know Bukit Bintang Plaza and Dayabumi, of course, but how many are aware that UDA was also instrumental in the development of Taman Tun Dr Ismail (including its iconic market), Bandar Subang Jaya, Bangsar Utama and Dataran Maybank, Puduraya (now Pudu Sentral) and Sinar Kota, Plaza Angsana in Johor and the Kuala Terengganu Golf Resort, to name a few.

And lest we get too chauvinistic, let us remember that UDA was a multiracial firm that worked with other multiracial firms.

So what went wrong? How was it that, in December 2011, then-Chairman of UDA Datuk Nur Jazlan Mohamed told Bernama that UDA was "facing problems implementing the Bumiputera Agenda"?

Why did UDA cave in so quickly to the demands of the MRT Corporation on its home ground in Bukit Bintang? Why were there problems with the balance sheet (so said the UDA managing director in June last year)?

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zaid-ibrahim/article/let-a-chinese-manage-uda 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved