Khamis, 5 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kenapa Anwar gagal?

Posted: 04 Sep 2013 04:19 PM PDT

Berdasarkan keputusan PRU 1969, dua buah negeri, Selangor dan Perak nyaris ditawan parti pembangkang. Negeri Perak hanya diperintah Parti Perikatan setelah dua wakil rakyat PPP mengalih sokongan kepada parti itu.

Pilihan raya kali kedua ialah pada tahun 1999. Pada PRU 1999, parti pembangkang mendapat undi simpati dari kalangan pengundi Melayu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dimasukkan dalam penjara.

Kesannya, beberapa pemimpin kanan UMNO gagal mempertahan kerusi kerana 'swing' sokongan Melayu kepada PAS dan PKR. Kedah, Selangor dan Perak adalah antara negeri-negeri yang nyaris-nyaris ditawan parti pembangkang. Kelantan kekal di tangan PAS manakala BN kehilangan Terengganu.

Pada PRU 1999, Parti DAP gagal menarik sokongan yang signifikan daripada pengundi Cina dan kaum bukan Melayu yang lain. Kaum Cina pada ketika itu masih menaruh keyakinan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berjaya menangani krisis mata wang yang melanda Asia pada 1998. Tun Mahathir pernah berkata, "Orang Melayu mengundi pembangkang mengikut emosi, kerana isu 'mata hitam', tapi orang Cina terus mengundi BN, kerana isu 'mata wang' ".

Pilihan raya kali ketiga ialah pada PRU 2008. Tsunami politik melanda BN tanpa diduga. BN sekali lagi hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Lima buah negeri jatuh kepada parti pembangkang. Jika kemenangan besar BN pada PRU 2004 dikatakan kerana 'aura' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun), persembahan yang teruk pada PRU 2008 diletakkan bulat-bulat sebagai ke'lembik'an Pak Lah!

Ramai yang terpinga-pinga mencari jawapan sebenar kenapa parti pembangkang boleh memperolehi 82 kerusi parlimen. Sehingga hari ini masih ramai tidak tahu sebab sebenar kenapa rakyat Malaysia tiba-tiba bangkit mahukan perubahan pada 2008. Apakah kerana faktor Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan beberapa bulan sebelum PRU 2008?

Kesimpulan

UMNO membuat kesimpulan yang mudah dengan mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Analisis tiga pilihanraya umum – tahun 1969, 1999, dan tahun 2008 amat menarik kerana fakta-fakta berikut. Pertama, dalam tiga PRU itu, sokongan rakyat kepada parti pembangkang meningkat tanpa dikepalai seorang pemimpin pembangkang yang dianggap berpengaruh atau popular seperti Anwar Ibrahim.

Walaupun Lim Kit Siang dari DAP, yang pernah jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat seorang yang berpengaruh, namun ia terbatas kepada kaum Cina dan bukan Melayu. Begitu juga dengan Datuk Asri Muda, Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain seperti Tok Guru Nik Aziz. Pengaruh dan kepimpinan mereka agak terbatas kepada orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam.

Pada PRU 1999, Anwar Ibrahim dalam tahanan. Parti Keadilan pada ketika itu dipimpin isterinya, Datin Seri Wan Azizah. Pada PRU 2008, Anwar Ibrahim belum layak bertanding mengikut peraturan pilihan raya umum. Hakikatnya, rakyat yang menyokong dan mengundi parti pembangkang tidak tahu siapa bakal Perdana Menteri mereka.

READ MORE HERE

 

Anwar ditawar jawatan TPM?

Posted: 04 Sep 2013 04:15 PM PDT

"Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan 'direct' diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga," kata beliau dalam satu kenyataan khas kepada FMT.

Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.

"AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat," tegasnya..

Walaubagaimanapun, tambah beliau, AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan secara terbuka.

"Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang,  isu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan," katanya.

Beliau berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan sulit.

Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat.

 

11 tahun negara dalam hutang

Posted: 04 Sep 2013 10:52 AM PDT

RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.

Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

"Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan," menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.

Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.

Graf defisit bajet kerajaan Malaysia di laman web Index Mundi, iaitu laman web yang mengumpul data ekonomi dan sosial daripada agensi bertanggungjawab di negara seluruh dunia, menunjukkan sejak 1988, bajet kerajaan mencatat purata defisit 2.89 peratus daripada KDNK dengan 2009 mencatatkan rekod terburuk, iaitu defisit 6.70 peratus daripada KDNK.

Berbeza dengan orang biasa yang akan dikejar bank atau ah long, jika hutang tidak dibayar dalam tempoh minimum yang diberikan, kerajaan sesebuah negara boleh beroperasi dengan defisit sederhana buat beberapa tahun kerana pemberi pinjaman tahu kemungkinan untuk sesebuah kerajaan tidak membayar hutang adalah rendah.

Tetapi, sama seperti perbelanjaan harian orang biasa yang berhutang kad kredit atau rumah, jika dibiarkan terlalu lama, hutang yang bertambah itu akan hanya menyumbang kepada lebih banyak defisit; bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar kadar faedah bagi hutang asal hingga menyebabkan kelembapan ekonomi.

Mengapa subsidi minyak perlu dikurangkan? Bandingkan dengan orang biasa yang perlu mengurangkan perbelanjaan harian dalam beberapa aspek hidup untuk mendapat lebih wang bagi membayar semula hutang.

Cuma bezanya, bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, kesannya dirasai oleh rakyat. 

Khalid Samad sokong Anwar jumpa Najib

Posted: 04 Sep 2013 12:42 AM PDT

Katanya, semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka memandangkan perkara itu boleh menguntungkan rakyat apabila kerajaan dan pembangkang duduk bersama membincangkan dasar polisi negara.

"Sekarang ni perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan bukan untuk membentuk UG tetapi mencari dasar bersama yang wajar untuk menyelamatkan masalah yang sedang dihadapi negara.

"Soal UG tiada dalam agenda Pakatan Rakyat kerana majoriti rakyat sudah tolak BN)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responnya mengenai cadangan Anwar yang mahu berjumpa dengan Najib dan kerajaan BN dalam perutusan Hari Kemerdekaan minggu lalu.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagaimanapun membidas cadangan tersebut dan menggesa Anwar membentangkan isu itu secara terbuka dalam Dewan Rakyat.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved