Isnin, 30 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Jawatan Presiden PKR: Azmin mula ‘kempen’

Posted: 29 Sep 2013 04:33 PM PDT

Menurut sumber dalaman parti,  sebuah kumpulan yang menyokong Azmin Ali menjadi Presiden PKR telah memulakan program yang dikenali  'Bertemu Pemimpin Akar Umbi' bermula di Perak minggu lepas.

Perak mempunyai paling banyak cabang dengan jumlah 24 cabang yang mempunyai ahli antara kira 70, 000 hingga  80, 000 orang.

Turut kelihatan dalam program jelajah Perak itu ialah Dr. Xavier Jayakumar , Adun Seri Andalas, (dijangka bertanding jawatan Naib Presiden), Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves (jawatan Ketua AMK), Suhaimi Shafiei, Adun Sri Muda (ahli MPP), Hee Loy Sian MP Petaling Jaya Selatan (MPP) dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.

Pemimpin-pemimpin cabang di Perak dari Bagan Datoh, Lumut, Parit, Pasir Salak, Beruas, Batu Gajah, Gopeng, Kampar telah kelihatan dalam program tersebut.

Beberapa program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April atau Mei tahun hadapan.

Sebelum ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana 'Laksana Satu Nyawa' dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti dan sayap AMK di Lembah Klang.

Pemilihan kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14 tahun yang lalu.

Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar jawatan tersebut.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved