Selasa, 24 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Zulkifli mahu perwakilan DAP tolak konsep “parti keluarga”

Posted: 23 Sep 2013 05:15 PM PDT

Beliau berkata, slogan demokrasi dan ungkapan berbilang kaum yang dilaung-laungkan selama ini oleh DAP hanya bersifat hipokrit dan indah khabar daripada rupa.

Katanya, daripada maklumat yang diperolehnya sewaktu kempen yang diadakan sempena pemilihan itu, anggota perwakilan nampaknya sudah mula sedar bahawa perjuangan politik DAP dimonopoli keluarga tertentu.

"Sudah sampai masanya istilah 'ubah' harus dipakai dalam parti ini untuk menolak corak kepimpinan yang bersifat kekeluargaan kerana ia punca berlakunya perpecahan dalam  parti.

"Disebabkan penguasaan sesebuah keluarga inilah yang melenyapkan penampilan serta perjuangan parti daripada sudut berbilang kaum," katanya pada sidang media yang diadakan di Georgetown, hari ini.

Selain itu, katanya, anggota perwakilan juga mula sedar bahawa DAP juga memerlukan penglibatan kepimpinan Melayu di peringkat tertinggi bagi meraih sokongan orang Melayu.

"Parti DAP sepatutnya sudah lama membenarkan banyak pemimpin Melayu berada di peringkat tertinggi barisan kepimpinan tetapi kerana masih wujud 'keluarga tertentu' maka itulah DAP dianggap perkauman dan anti Melayu," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mencabar kepimpinan tertinggi DAP untuk melantiknya sebagai pengerusi kebangsaan DAP menggantikan Karpal Singh (gambar) sekiranya beliau terpilih pada pemilihan semula CEC nanti.

"Saya cabar mereka lantik saya, sekiranya Karpal Singh mengundur diri atau mahu bersara daripada memegang jawatan itu, bukan niat saya mahu ketepikan dia (Karpal Singh) tetapi sekiranya dia mahu berundur, saya sedia menawar diri.

"Apa salahnya selepas 47 tahun, DAP beri jawatan pengerusi kebangsaan kepada orang Melayu," katanya.

 

ROS ulangi nasihat kepada DAP

Posted: 23 Sep 2013 01:41 PM PDT

Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata terpulang kepada DAP untuk mengadakan Kongres Khas bagi mengendali urusan mereka.

"Saya percaya semua anggota DAP sedar bahawa pemilihan anggota jawatankuasa memerlukan Kongres Kebangsaan dan tempoh notis sewajarnya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti," kata beliau.

Abdul Rahman berkata ROS berusaha menegakkan keadilan untuk semua anggota parti, dan tidak saja untuk jawatankuasanya.

"Sebagai pengawal selia, kami menjalankan tugas berasaskan Akta Persatuan dan bukan menganiaya mana-mana pertubuhan," katanya.

Pada 30 Julai, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru CEC, dengan menyatakan ia tidak puas hati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan berikutan dakwaan berlaku maniplasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, setiausaha pengelola DAP Anthony Loke mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti, dengan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan ROS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru.

 

Bankleaks: JMM mahu ‘tolong’ bersihkan imej Anwar

Posted: 23 Sep 2013 12:45 PM PDT

Malah sanggup menjadi 'despatch' mengantar dokumen ke Bank Negara jika Anwar sanggup menandatangani surat kebenaran bagi membenarkan pemeriksaan dilakukan terhadap akaun peribadinya.

"Kita nak bantu membersihkan nama Datuk Seri (Anwar) mengenai pendedahan akuan yang dibuat oleh pihak tertentu di media," kata Presiden JMM, Azwadin Hamzah.

Katanya, pihak beliau bersedia untuk membantu dengan apa cara sekalipun.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak kami berbesar hati bagi pihak Datuk Seri untuk mnyelesaikan kemelut yang melanda Anwar," katanya lagi.

Beliau dan beberapa ahli JMM hadir ke kediaman Anwar di Taman Bukit Segambut pagi tadi dengan harapan mahu mendapatkan tandatangan, namun kecewa kerana Ketua Umum PKR itu tidak muncul keluar pagar utama.

"Beliau tak mahu jumpa saya…saya dah siapkan surat ni untuk beliau untuk hantar terus ke pos laju atau terus kepada Tan Sri Zeti Aziz (Gabenor Bank Negara) untuk menjelaskan tentang kemelut akaun beliau.

"Ada enam senarai nama akaun.

"Nak suruh saya hantar pun tiada masalah sebab saya dah janji untuk jadi despatch beliau," katanya.

Bekas calon Parlimen Permatang Pauh-Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu mendedahkan bahawa dirinya menerima sebanyak 6,000 surat misteri berkenaan yang menceritakan urus niaga bernilai puluhan juta ringgit antara Anwar dan Karpal.

Kata Azwadin, JMM sudah menyediakan surat rasmi kepada Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun bank itu didedahkan kepada umum yang kini hanya memerlukan tandatangan Anwar.

Sebelum ini, JMM akan ke rumah dan akan hadir disetiap lokasi yang dihadiri Anwar bagi mendapatkan tandatangan beliau dalam usaha mencari kebenaran berhubung maklumat akaun-akaun bank itu.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved