Rabu, 4 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pengguna internet marah Pak Samad ditahan awal pagi

Posted: 03 Sep 2013 03:39 PM PDT

Antara yang berang ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai biadap kerana mengheret Samad pada tengah malam.

"Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?" Reaksi Anwar dalam laman Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan.

Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu.

Dalam Twitternya, Anwar berkata, menteri dalam negeri  wajib mohon maaf kepada kepada Samad  kerana pada usianya 80 tahun,  beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.

"Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?" katanya dalam Twitter.

Tindakan polis menahan Samad turut dikritik rakan seperjuangannya dalam Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.

"Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati sasterawan negara," memetik dari laman twitter Ambiga.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kini berada di Sibu turut mengutuk tindakan polis.

"Penahanan yang dibuat pada polis merupakan satu kebiadapan ia mesti dikutuk oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Manakala seorang pengguna sosial, Radin Shamsulkamar @radins berkata dalam twitternya : "Kalau Pak A Samad Said berjalur Umno, nescaya PDRM tidak akan bertindak semustahil  ini."

Komen twitter itu turut dihantar kepada Zahid Hamidi dan Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zaim Al Amin @zaimhq : "Sasterawan negara berusia 80 tahun dibawa ke Balai Polis pada waktu malam untuk disiasat."

READ MORE HERE

 

PAS tolak kerajaan perpaduan

Posted: 03 Sep 2013 03:21 PM PDT

Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia dipersetujui semua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"PAS sememangnya bertegas dalam hal ini dan ia bermula sejak awal," katanya.

Nasrudin berkata, beliau percaya rakan pimpinan PAS yang lain juga akan mengambil pendirian serupa kerana ia dipertegaskan secara bersama sejak sekian lama.

Katanya, ia dibuat melalui  dua siri Muktamar PAS, satu Seminar Politik Khas dan beberapa siri mesyuarat PAS Pusat dan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.

"Masih segar dalam ingatan saya, selepas menerima keputusan PRU ke-12 pada 2008 dan meneliti keperluan semasa pada waktu itu, Presiden PAS melalui ijtihad politiknya melontarkan idea kerajaan perpaduan," katanya.

Beliau berkata, ijtihad itu dilontar lima tahun lebih awal daripada versi kerajaan perpaduan berkait dengan Datuk Seri Anwar yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh, berkata, sehingga pagi ini masih ramai wartawan dan orang perseorangan menghubunginya bertanya pendiriannya mengenai isu kerajaan perpaduan.

Isu kerajaan perpaduan berkumandang kembali apabila Anwar mengesahkan melalui Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan kerajaan perpaduan dengan PKR.

Namun sehingga kini Najib belum mengesahkannya tetapi pemimpin Umno menolaknya.

Nasrudin berkata, semua pihak patut mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini.

READ MORE HERE

 

Berat sebelah: ROS lulus pendaftaran geng kongsi gelap, Pakatan dihalang

Posted: 03 Sep 2013 09:39 AM PDT

Tiada sebarang surat rasmi diterima Pakatan Rakyat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pendaftaran gabungan itu sejak dikemukakan pada 2009, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Berhubung status pendaftaran itu, Pakatan menurutnya konsisten menghubungi ROS sama ada melalui surat, kunjungan, telefon dan emel, namun dalam tempoh itu tiada sebarang jawapan diperolehi.

"Sejak 30 November 2009 hingga hari ini (3 September 2013) tiada sebarang hitam putih diterima daripada ROS mengenai status permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat," kata Saifuddin membidas keengganan ROS meluluskan permohonan itu.

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengumumkan, ROS tidak dapat memproses permohonan tersebut dan ini bertentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan itu.

"Mengikut KPI ROS, jabatan itu mesti memberi keputusan status pendaftaran sesuatu pertubuhan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mereka mengemukakan dokumen pendaftaran.

"Apa yang berlaku dalam masa 30 hari permohonan kami? Apakah Pakatan ada menerima sebarang surat dari ROS mengenainya? Tiada sebarang surat menyurat daripada ROS," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Saifuddin turut mengecam tindakan ROS yang berat sebelah ekoran pendedahan tiga dari 49 pertubuhan kongsi gelap yang diumum Kementerian Dalam Negeri (KDN) 30 Ogos lalu berdaftar dengan jabatan itu.

"KDN seperti kita ketahui mengumumkan sejumlah pertubuhan kongsi gelap dan anehnya tiga daripada 49 pertubuhan dinamakan itu mempunyai status pendaftaran dengan ROS.

"Pertubuhan yang dianggap KDN sebagai merbahayapun ROS boleh luluskan, apa lagi Pakatan yang tiada kongsi gelap, memang patut sangat permohonan kami diluluskan," sinisnya.

Pada 2 September lalu, Abdul Rahman mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan tersebut adalah pertubuhan sah dan pernah berdaftar dengan ROS, namun nama kumpulan itu dirahsiakan.

Sebelum ini, KDN turut mengumumkan 40,313 individu dikenalpasti ahli kumpulan 49 pertubuhan haram kongsi gelap yang antara aktiviti mereka ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api.  

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved