Selasa, 3 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”?

Posted: 02 Sep 2013 03:09 PM PDT

Malam tadi, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut akta itu.

"Tuduhan kibar bendera Sang Saka di bawah Akta Hasutan. Polis datang geledah rumah. Bebas di rumah jam 3 pagi dengan seorang penjamin. Tunggu siasatan sama ada ke mahkamah atau tidak," kata Hishamuddin dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Hishamuddin menjelaskan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan kerana suasana politik tanah air pada ketika ini, mirip kepada keadaan Malaya sebelum penjajah British melancarkan Darurat pada tahun 1948.

"Ini kerana suasana sejak 2008 pada hemat saya sebagai seorang pemerhati politik sama seperti suasana pada ketika Putera-AMCJA, maka Sang Saka dikibarkan," katanya merujuk kepada dua gabungan politik kiri terbesar di Malaya sebelum penjajah British menghancurkannya pada tahun 1948; Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action yang beliau anggap hampir menyamai gabungan politik PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila mereka melancarkan Perlembagaan Rakyat, mereka juga melancarkan Sang Saka sebagai bendera kepada Tanah Melayu merdeka. Bila saya cakap tentang Tanah Melayu merdeka itu Tanah Melayu merdeka bersama-sama Singapura."

Menurut Hishamuddin, Putera-AMCJA ditakuti British pada ketika itu kerana gabungan itu mahukan Malaya (nama Semenanjung Malaysia sebelum 1963) merdeka 100 peratus dan kepentingan penjajah itu akan hilang jika dibiarkan menang.

"Salah satu clause fasa yang ada dalam Perlembagaan Rakyat yang saya anggap paling penting untuk saya ialah, 'sesiapa sahaja yang menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah tumpah darahnya mereka akan ditakrif sebagai Melayu.'

"Ini adalah satu klausa yang radikal pada 1947. Iaitu kita menerima Cina, kita menerima India, kita menerima sesiapa saja. Kalau dia hendak duduk berpayung di Persekutuan Tanah Melayu ini maka dia akan dianggap Melayu, dianggap Malayan. Tapi konsep ini menakutkan penjajah British ketika itu," katanya.

Semalam Polis Kuala Lumpur menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lalu. 

Read more at : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mengapa-mereka-kibar-sang-saka-malaya

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved