Ahad, 22 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mahfuz: Pas sedia berdialog dengan Umno isu rasuah

Posted: 21 Sep 2013 07:32 PM PDT

Mahfuz berkata, isu rasuah perlu diberi perhatian oleh pemimpin kedua-dua parti kerana ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Katanya, bukan hanya Pas, malah Pakatan Rakyat juga bersedia untuk berdialog dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika melibatkan isu rasuah.

"Dalam soal nak berdialog dengan Umno ini saya nak tegaskan bahawa kami (Pas) sentiasa terbuka dan bersedia pada bila-bila masa jika ia melibatkan isu yang menyentuh kepentingan negara terutamanya isu rasuah.

"Kalau kita lihat, isu rasuah ini agak kritikal dan perlu diberi perhatian kalau benar Umno dan BN ikhlas mahu berdialog dengan Pas atau Pakatan Rakyat.

"Isu rasuah ini pada saya dan juga pimpinan Pas yang lain merupakan isu yang perlu diberi perhatian dan kami (Pas) sangat bersedia untuk berdialog atas isu ini," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kerjasama dan dialog antara Pas dan Umno yang kembali hangat diperkatakan dewasa ini.

Mahfuz juga menafikan laporan media yang mengatakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan Pas sedia bekerjasama dengan Umno jika dipelawa.

Sebaliknya beliau menegaskan, Abdul Hadi membuat kenyataan Pas sedia untuk berdialog dengan Umno atas isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Beliau juga berkata, Abdul Hadi turut menjelaskan pendirian Pas sama seperti yang dipersetujui pimpinan Pakatan Rakyat yang sedia berdialog dengan BN atas isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

"Dalam sidang media malam tadi, Ustaz Hadi ditanya tentang kerjasama dengan Umno, jadi dia (Hadi) jawab Pas dan Pakatan Rakyat sedia berdialog dengan Umno dan BN atas isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

"Kemudian ada wartawan tanya kalau hanya Pas dan Umno macam mana? Ustaz Hadi jawab kalau Pas dan Umno pun untuk berdialog tidak ada masalah, kalau untuk kepentingan negara dan rakyat Pas sedia berdialog dengan Umno.

"Ustaz Hadi tidak sebut kerjasama tetapi dia sebut dialog, kalau kerjasama boleh ditafsirkan lain," katanya.

Mahfuz berkata Pas tetap dengan pendirian yang telah diputuskan dalam muktamar bahawa akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi sedia berdialog dengan parti pemerintah atas isu melibatkan kepentingan negara.

Pada Sabtu, Agensi Berita Nasional (Bernama) melaporkanAbdul Hadimembuat kenyataan Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog jika dipelawa.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

 

Benarkah PAS semakin lemah?

Posted: 21 Sep 2013 06:42 PM PDT

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah pada 14 September lalu meminta Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat mengkaji semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Cadangan atau resolusi untuk mengkaji semula Tahaluf Siyasi ini telah menimbulkan persepsi yang negatif di kalangan ahli bagi memikirkan di mana silapnya kerjasama politik bersama PKR dan DAP selama ini.

Gambaran yang diberi ekoran timbulnya resolusi ini ialah kerjasama ini merugikan PAS dan pengaruh PAS semakin lemah seperti mana yang dimainkan akhbar-akhbar milik Umno dan pro Umno.

Adakah benar pengaruh PAS semakin lemah? Kenapa perlu dikaji semula kerjasama ini? Atau adakah ia sekadar penilaian untuk mencorakkan strategi politik untuk mendepani cabaran masa depan terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) nanti?

Walaupun PAS mencapai kemenangan yang besar di Selangor dan berjaya mengekalkan Kelantan sejak tahun 1990 tetapi prestasi keseluruhan PAS dalam PRU-13 adalah tidak memuaskan malahan merosot. Dari sejumlah 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS hanya memenangi 21 kerusi.

Menurut sumber dalaman, ada segelintir di kalangan ahli dan pemimpin PAS masih menyimpan hasrat untuk terus berusaha ke arah membentuk Kerajaan Perpaduan (bersama Umno-Barisan Nasional) dalam mentadbir Kerajaan Pusat.

Harun Taib merupakan salah seorang daripada mereka. Selain Harun; Nasharuddin Mat Isa serta beberapa pemimpin lain Terengganu cenderong kepada konsep Kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government) ini. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga adalah di antara tokoh yang cenderong kepada UG tetapi berjaya disingkirkan PAS dari barisan kepimpinanan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Aziz yang dilihat mewakili golongan ulama muda dalam PAS juga disebut termasuk dalam golongan ini. Maklum sajalah, bagaimana perasaan dilantik sebagai wakil rakyat pada usia yang muda.

Di sinilah terletaknya kelemahan PAS. Masih bercita-cita untuk bermain mata dan bergesel bahu dengan pemimpin-pemimpin Umno yang berfahaman sekular itu.  Mungkinkah kerana ianya tercetus dari keinginan kepada kebendaan dan keuntungan duniawi?

Projek mega

Maklum sajalah, orang-orang Umno sentiasa dikelilingi oleh berbagai projek bertaraf mega dan 'tidur' di atas lambakan wang yang berlimpah ruah. Ini merupakan jalan pintas untuk menjadi kaya raya dan hidup senang lenang.

Ahli-ahli PAS harus menyedari bahawa perjuangan dalam PAS tidak sama dengan perjuangan dalam Umno. Sungguh tidak sama, ibarat langit dengan bumi. Perjuangan Umno bersalut dengan emas dan permata dan perjuangan PAS harus bersikap ikhlas dan mencari keridhaan Allah semata-mata.

Jika ahli-ahli PAS mahu mengejar kebendaan dan keuntungan duniawi yang tidak seberapa dan tidak kekal ini maka tidak ada bezalah perjuangan PAS dengan Umno. Tidak ada bezalah sebuah gerakan Islam dengan sebuah parti politik sekular. Lebih baik masuk Umno, dapat duit dapat projek.

Inilah kelemahan PAS pada hari ini. Kemungkinan sistem pentarbiyyah tidak lagi berkesan. Ahli-ahli PAS tidak mahu menganjurkan Usrah atau menjauhi diri bila ada program Usrah atau sentiasa mencari alasan untuk tidak hadir dalam Usrah, kelas pengajian maupun ceramah.

Pucuk pimpinan harus menumpukan kepada perkara ini.  Malah salah satu resolusi Multaqa Ulama juga menyentuh hal ini iaitu mengajak para ulama PAS melakukan pengukuhan gerak kerja antaranya tarbiyyah, kedudukan kepimpinan ulama yang menjadi tunjang utama kepada parti dan memperkasakan ilmu pengurusan serta kepimpinan.

Ahli-ahli PAS perlu diberi pentarbiyyah semula atau 'rebranding' bagi melakar matlamat perjuangan masa depan. Keimanan dan komitment terhadap perjuangan Islam perlu ditingkatkan.

Usaha ini adalah untuk menghindari hasrat ahli-ahli mahu berbaik-baik dengan Umno dengan matlamat untuk membentuk UG. Tahaluf Siyasi perlu kepada pengisian bukan dikaji semula.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap cadangan untuk mengkaji semula Tahaluf Siyasi hanyalah 'memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan'.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan bahawa PAS tidak melihat sebarang kemungkinaan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Kerjasama dengan Umno dilihat sebagai satu usaha untuk merendahkan nilai diri kita sendiri seperti mana tercatat dalam kitab Hidayatul Saalikin yang dikarang oleh Sheikh Abdul Samad Palembang.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved