Selasa, 27 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hebatnya Rasulullah

Posted: 26 Aug 2013 01:41 PM PDT

"Yes I am a Hindu. I am also a Muslim, a Christian, a Buddhist, and a Jew." – Mahatma Gandhi.

Sebagai seorang individu yang cukup bertuah kerana dilahirkan di negara Malaysia sebagai penganut Hindu serta pengamal inter-faith, saya tidak melepaskan peluang mendalami pelbagai ajaran dan agama sejak usia kanak-kanak.

Satu-satunya tokoh pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad yang juga dikenali dengan nama-nama Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Amin, al-Muqaffa' dan al-Aqib; sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Al-Tirmizi dan Ahmad.

Apabila ada peluang, saya membaca buku-buku berkaitan Rasulullah – selain mengenai Mahatma Gandhi, Guru Nanak, Siddharta Gautama Buddha, Jesus (Nabi Isa) dan sebagainya – untuk belajar menjadi insan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, agak mengecewakan – dan amat memalukan – apabila Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 19 Julai 2013 melihat kekaguman saya terhadap ketokohan dan kepimpinan Nabi Muhammad sebagai alasan untuk "menyeru" saya memeluk agama Islam.

Dakwah negatif yang mereka lakukan bukan sahaja membuktikan kejahilan dan kebodohan mereka, malah memberikan gambaran seolah-oleh Rasulullah hanya "milik" umat Islam dan golongan Bukan Islam (Tidak Islam) tidak berhak mengagumi kehebatan, ketokohan dan kepimpinan Baginda.

Suka saya menyarankan – "menyeru" – orang-orang dalam ISMA membaca buku seperti The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (2001), Life of Mohamet (1889), Mohamet and Islam (1895) dan Mohammad at Mecca (1953); serta membaca pandangan tokoh dan sejarahwan dunia pelbagai kaum dan agama mengenai Nabi Muhammad.

Atau ISMA boleh juga melaburkan sedikit wang (RM18.00) untuk membeli dan membaca buku Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih Allah (2013) tulisan Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi untuk memahami betapa kehebatan Baginda bersifat universal dan tidak patut dikongkong atau ditempurungkan seperti dilakukan ISMA dan sekutunya.

Bak kata Zahiruddin, "hanya kesombongan serta kebodohan diri sahaja yang menghalang manusia daripada melihat Baginda sebagai idola piramid kehidupan, dari sekecil-kecil mengurus diri dan hati sehinggalah kepada perkara berkaitan harta juga negara."

Maklumat para isteri Rasulullah

Saya membeli buku berkenaan terus daripada penulis pada 31 Mei 2013 iaitu semasa Pesta Buku Selangor. Zahiruddin sendiri pada mulanya agak terkejut apabila saya menyatakan keinginan mahu membeli buku tersebut.

Buku setebal lebih 300 halaman ini terbit dalam siri "perbandingan agama, kebudayaan, sejarah serta ketamadunan yang mengajak pembaca menyelami dengan lebih mendalam sisi unggul percapaian rohani dan material umat Muhammad".

Zahiruddin mengakui bahawa beliau mendapat pengaruh besar daripada buku Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager (2008). Gaya penulisan dan penyampaian yang bersahaja dan mudah menjadikan buku Hebatnya Rasulullah lebih mudah dibaca; apatah lagi oleh khalayak Bukan Islam.

Salah satu "pancing" yang sering cuba digunakan oleh pihak tertentu untuk "memujuk" saya meninggalkan agama Hindu adalah bahawa saya akan berpeluang kahwin empat. Saya biasanya mengabaikan sahaja "dakwah negatif" seperti itu yang sebenarnya mencemarkan kesucian agama Islam.

Dalam buku Hebatnya Rasulullah, disenaraikan maklumat kesemua 12 isteri Rasulullah. Kita biasa membaca dan mendengar mengenai Khadijah Khuwailid yang merupakan janda dua kali. Khadijah dipercayai berumur 40 tahun sementara Rasulullah berumur 25 tahun semasa mereka berkahwin.

Kita juga biasa mendengar dan memperkatakan mengenai Aisyah Abu Bakar, seorang gadis berumur 9 tahun yang dinikahi Nabi Muhammad yang berusia 52 tahun. Aisyah kemudian menjadi antara periwayat Hadis terbanyak, khususnya berkaitan masalah fiqh wanita.

Selain daripada Aisyah, seorang lagi gadis yang dinikahi Rasulullah ialah Mariah al-Qibtiyah yang menurut Zahiruddin adalah "seorang hamba yang dihadiahkan oleh Raja Mukaukis dari Iskandariah, Mesir".

Isteri-isteri lain kepada Baginda ialah Saudah Zum'ah, Zainab Jahsy, Ummu Salamah Abu Amayah, Ummu Habibah Ramlah Abu Sufyan, Juwairiyah al-Harith al-Khuzaiyah, Safiyah Hayyi Akhtab, Maimunah al-Harith, Zainab Khuzaimah Harith dan Hafsah Umar al-Khattab.

READ MORE HERE

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved