Sabtu, 24 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Alvin Vivian Cabar Kesahihan Seksyen 298(A)

Posted: 23 Aug 2013 12:26 PM PDT

Mahkamah Seksyen hari ini menangguhkan sebutan kes melibatkan pasangan blogger sex, Alvin Tan Jye Yee, 25 dan Vivian Lee May Ling, 24 setelah mereka memohon untuk menyemak semula kesahihan salah satu daripada tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Hakim Murtazadi Amran telah meluluskan permohonan yang diwakili peguam Choong Joo Tian dan menetapkan tarikh pengurusan kes berakhir pada 19 September akan datang.

Choong yang mewakili anak guamnya telah memfailkan semakan semula terhadap Seksyen 298(A) apabila dia melihat pertuduhan tersebut tidak berkaitan dengan anak guamnya.

"Secara jelas ia melanggar kebebasan bersuara dan perlu disemak semula pertuduhan tersebut," jelas Choong di perkarangan Mahkamah Seksyen di sini pagi tadi.

Alvin dan Vivian bagaimanapun enggan menjawab soalan-soalan yang diajukan wartawan.

Menurut Choong, sebutan pertuduhan terhadap anak guamnya akan diteruskan selepas permohonan mereka itu telah mendapat keputusan daripada Mahkamah Tinggi.

Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Selain daripada pertuduhan tersebut, mereka turut dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Penapisan Filem 2002.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved