Rabu, 7 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Umno jangan guna isu Syiah

Posted: 06 Aug 2013 02:45 PM PDT

Kenyataan bijaksana Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai isu Syiah yang dimomokkan media massa, dimainkan oleh sebahagian ahli politik, diracuni pula oleh kumpulan Tafriqah dan Takfiri dan didiamkan oleh sebahagian besar agamawan menyerlahkan kewibawaan PAS selaku gerakan Islam paling berpengalaman dan reliable di Malaysia.

Ini menunjukkan kematangan PAS dan Abdul Hadi sendiri dalam memahami sepak terajang politik antarabangsa dan sejarah ketamadunan Islam itu sendiri.

Ketika mana UMNO dilihat mengunakan isu Syiah untuk percaturan politik sempit mereka untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu setelah menyedari masyarakat bukan Melayu telah secara hampir total tidak lagi menyokong mereka dalam PRU 13 baru-baru ini.

 Kenyataan yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Muslim antarabangsa yang pelik memerhatikan gelagat Malaysia yang menghina, mengecam dan mengkafirkan pengikut Syiah secara begitu biadab tanpa pembelaan dari sebahagian besar agamawan tanah air. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia bertindak keterlaluan terhadap masyarkat Syiah.

Arab Saudi yang diketahui mempunyai hubungan diplomatik yang buruk dengan Iran juga tidak pernah bertindak sedemikian terhadap lebih tiga juta pengikut Syiah di negara mereka.

READ MORE HERE

Teresa: 'Ada orang fitnah saya di bulan Ramadan'

Posted: 06 Aug 2013 02:38 PM PDT

Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya,  perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

"Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepada orang Cina.

"Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan," tulisnya.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.190467.1375697693!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_300/image.jpg

Antara satu salinan "print screen" Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul "Cina pun mahu duit Zakat".

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved