Rabu, 21 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Apa Bezanya Arab Sekarang Dengan Arab Dulu?

Posted: 20 Aug 2013 12:21 AM PDT

Saya dilahirkan dalam suasana yang mengajar saya menghormati orang Arab "atas sebab-sebab agama". Antaranya kerana mereka lebih awal Islam daripada kita.

Al-Quran dan Hadis banyak menceritakan mengenai akhlak orang Arab. Saya tidak perlu mengulangi atau mengulasnya.

Secara ringkas dan rambang, berikut adalah pendapat dan pemerhatian saya berkaitan krisis di Mesir, khasnya, dan dunia Arab amnya:

1. Pemerintahan demokrasi bukanlah kekuatan orang Arab. Dua sistem pemerintahan yang lazim di dunia Arab adalah sistem raja dan republik. Persamaan kedua-dua sistem itu adalah mereka bergantung kepada angkatan tentera yang kuat sebagai kunci kuasa.

2. Angkatan tentera di majoriti negara Arab adalah sebahagian daripada sistem politik. Kebanyakan pemimpin dunia Arab yang berjaya membawa ketenteraman dan kemajuan kepada negara adalah daripada kalangan tentera atau yang mendapat sokongan tentera.

3. Sistem raja dan tentera kukuh dan kuat dalam era Perang Dingin apabila Blok Barat dan Komunis memecahkan dunia Arab ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Negara-negara beraja mirip kepada Barat manakala republik mirip kepada Kesatuan Soviet.

4. Keruntuhan empayar komunis dan dominasi oleh Barat membawa idea baru ke dunia Arab, iaitu demokrasi yang asing bagi majoriti orang Arab.

5. Barat mahu mendemokrasikan dunia Arab, tetapi majoriti gerakan politik yang bergiat secara haram atau dengan dikawal ketat pemerintah adalah anti-Barat. Kebanyakan mereka berpaksikan ideologi agama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau atas landasan puak seperti di Iraq, Syria dan Lebanon.

6. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1928 - sejak zaman Mesir di bawah pemerintahan raja lagi – dan berkembang ke banyak negara Arab walaupun ditekan dan dimusuhi. Banyak pemimpinnya dibunuh, dipenjarakan dan dibuang negeri. Ia kekal sebagai gerakan politik dan sosial dunia Arab sampai ke hari ini.

7. Apabila pemerintahan Hosni Mubarak yang disokong tentera jatuh akibat tunjuk perasaan raksasa rakyat jelata, tentera hilang pengaruh kerana bersekongkol dengan Mubarak, seorang bekas jeneral. Lagipun tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pada peringkat awal kebangkitan.

8. Pilihan raya adalah jalan keluar bagi tentera untuk terus berkuasa. Tetapi tentera tidak ada boneka yang kuat bagi menentang Ikhwanul Muslimin. Selepas kejatuhan Mubarak, tentera dan Ikhwanul Muslim sokong pungutan suara, tetapi golongan liberal menolaknya. Golongan liberal secara natural adalah pilihan Barat.

9. Tentera tidak dapat menerima hakikat bahawa musuhnya selama ini, iaitu Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya presiden. Walaupun Mohamed Morsi dianggap terbuka dan tidak fanatik namun beliau tidak diterima oleh tentera dan golongan liberal pro-Barat. Ikhwanul Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Ekonomi Mesir yang sudah pun lemah menjadi kaku. Rakyat jelata yang pada mulanya menyokong beliau mula tawar hati dan marah. Kekacauan melumpuhkan industri pelancongan yang berupa penyumbang utama kepada ekonomi Mesir.

10. Setelah gagal menggunakan jalan demokrasi untuk mengekalkan pengaruh dan kuasanya, tentera kini kembali ke jalan raya menyokong penunjuk perasaan yang menentang Morsi dan menggunakan polis untuk bertindak kejam terhadap penyokong Morsi.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved