Rabu, 28 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


RM190 Juta Untuk 1,200 CCTV Di Kuala Lumpur?

Posted: 27 Aug 2013 02:32 PM PDT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang 1,200 unit kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha terbarunya mengurangkan jenayah dan mengawasi kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Pemasangan CCTV ini akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan kos sebanyak RM190 juta.

Difahamkan daripada jumlah keseluruhan CCTV yang dipasang, 300 unit adalah untuk kegunaan khas PDRM.

Dikatakan yang CCTV ini akan disambung dengan sistem maklumat ke semua balai polis, dengan lebih daripada 300 unit disediakan khas untuk mengurangkan jenayah

Bagi pengawasan lalu lintas, semua CCTV ini akan disambungkan dengan Pusat maklumat ITIS (Integrated Transport Information System) bagi pengawalan bersepadu.

Dalam erti kata lain, DBKL boleh menyelaraskan semua aktiviti berkaitan gambar dan juga maklumat-maklumat yang boleh digunapakai mereka dari segi trafik dan pihak polis dari segi jenayah.

SEKALI LALU bunyinya memang menarik tetapi ada perkara yang perlu diperjelas dan dimaklumkan pada masyarakat, apatah lagi bila ia melibatkan duit awam yang bukan sikit jumlahnya.

Kita pergi kepada ITIS sendiri, ia sebuah sistem maklumat pengangkutan bersepadu yang dibina khas untuk DBKL mengawasi aliran trafik serta menganalisa data keadaan lalulintas di Lembah Kelang untuk disampaikan kepada pengguna jalan raya.

Tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa pelaksanaan sistem itu GAGAL mencapai spesifikasi yang sepatutnya, bahkan lebih 60 peratus kamera CCTVnya gagal berfungsi!

Perlu diingat, projek ITIS yang menelan kos sebanyak RM365 juta itu dilaksakanakan pada 2005 melalui tender terus.

Dan kini GTC Global Sdn Bhd diberi pula kontrak oleh DBKL sebanyak RM200 juta untuk pemasangan 1,200 CCTV.

Kebimbangan pelbagai pihak yang tidak mahu sejarah kegagalan ITIS berulang harus diambil kira.

Kita nak tahu juga, apa kelebihan yang dimiliki syarikat ini sehingga ia mampu memperoleh kontrak yang besar dan semahal itu?

DBKL kena ingat, campur tolak darab dan bahagi, kos kamera CCTV yang terbaru ini, dicampur dengan kos 'kewujudan' ITIS telah menyebabkan DBKL telah berbelanja lebih RM500 juta…maknanya lebih separuh billion!

Kita tak nampak setakat ini nilai yang dibelanjakan itu berbaloi…yang selalu kita lihat di papan tanda ITIS adalah 'ucapan selamat ' menyambut hari-hari perayaan…

Setelah melihat kegagalan ITIS, setelah mengetahui jumlah besar peruntukan yang terpaksa dibuat oleh DBKL, dah tiba masanya pihak DBKL memperincikan semua ini kepada warga kota.

Kita nak tahu apakah jaminan kegagalan ini tidak berulang, kita nak tahu adakah pemberian kontrak ini dibuat secara tender terbuka atau rundingan terus.

DBKL kena ingat, rakyat juga ada 'CCTVnya' sendiri…dan percayalah 'CCTV' mereka lebih bahaya dan berkuasa!

Jehan Miskin jawab isu loket berbentuk salib (3 Gambar)

Posted: 27 Aug 2013 01:11 PM PDT

Menurut sumber, terdapat beberapa orang peminat yang menegur loket milik Jehan kerana ia hampir berbentuk salib, ada juga peminat yang menyebelahi Jehan dengan menerangkan maksud loket tersebut adalah bentuk logo pengakap. Persoalannya di sini, jika ia loket pengakap, apakah motif Jehan memakainya?

Pada temubual dengan Berita Harian hari ini, Jehan telah menjawab isu tersebut. Menurutnya,

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk membetulkan salah faham.

Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya.


Pas Tidak Lindungi Ahli Syiah

Posted: 27 Aug 2013 01:02 PM PDT

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka sedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap individu yang dikaitkan dengan Syiah.

"Jika ada bukti dan memang terdapat ahli Pas terlibat kita tidak akan halang pihak berkuasa menjalankan siasatan. Orang yang menuduh itu ramai, tetapi secara rasminya setakat ini tidak ada individu mengaku dia Syiah dan kita tiada bukti konkrit," katanya, semalam.

Beliau mengulas pendedahan pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Kamil Abd Majid yang menyatakan terdapat calon yang menang dalam PRU13 terlibat dengan ajaran Syiah.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat ahli-ahli Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) diketuai presidennya, Nazeri Deraman.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bertegas, walaupun kenyataan tersebut tidak secara terus merujuk kepada Pas negeri, namun pihaknya tidak melenting dengan dakwaan itu, sebaliknya membuka laluan kepada pihak berkaitan untuk siasatan. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved