Selasa, 20 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Presiden Umno: Ku Li jadi lawan Najib?

Posted: 19 Aug 2013 03:09 PM PDT

PETALING JAYA: Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hampir pasti akan menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan Umno 19 Oktober depan.

Menurut blogger Shahbudin Husin dalam blognya shahbudindotcom.blogspot.com, bekas Menteri Kewangan itu telah menerima desakan dari bahagian-bahagian untuk mencabar Najib memandangkan kegagalan Najib membawa BN menang dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau yang rapat dengan Ku Li menulis Ku Li akan membuat pengumuman sebelum 28 September depan.

"Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mehukannya khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu," tulis Shahbudin dalam tulisan yang berjudul "Tengku Razaleigh Hampir Pasti Tanding Presiden UMNO" dalam blognya itu.

Pemerhati politik berpendapat Ku Li tidak perlu mencabar Najib kerana zamannya sudah berlalu dan beliau seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka merasakan Ku Li tidak akan menang kerana Najib sudah banyak membuat transformasi sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.

"Tetapi sekurang-kurangnya Najib akan mendapat undi protes seperti mana Tun Hussein Onn yang mendapat undi protes apabila beliau dicabar Sulaiman Palestine pada tahun 1978," kata pemerhati politik

Ku Li yang merupakan bekas Naib Presiden Umno telah mencabar Dr Mahathir dalam pertandingan paling sengit dalam sejarah Umno pada 24 April 1987. Ku Li tewas 43 undi sahaja.

Ini menyebabkan Umno akhirnya diharamkan oleh mahkamah apabila penyokong Ku Li yang tidak berpuas hati dengan kekalahannya itu membawa kes itu ke mahkamah.

Berikutan pengharaman Umno, Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru) dan tidak membenarkan Ku Li menyertai semula Umno (baru). Ini mendorong Ku Li menubuhkan Semangat 46.

Pada tahun 1996 Ku Li membubarkan Semangat 46 apabila rakyat menolak parti itu sebanyak dua kali pada pilihanraya umum 1990 dan 1995. Beliau menyertai semula Umno pada tahun 1996.

READ MORE HERE

Tarif Baru Elektrik Tak Beban Pengguna

Posted: 19 Aug 2013 12:20 PM PDT

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kwj) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu. 

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.

"Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu," katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.

Kenaikan itu dibuat setelah tarif elektrik tidak berubah sejak Jun 2006 dan sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi di tengah-tengah peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga. 
Kerajaan tentukan

Azman berkata, keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik akan ditentukan oleh kerajaan bersandarkan kepada maklumat yang diberikan TNB.

"Banyak pertemuan telah dilakukan, termasuk secara rasmi dan tidak rasmi bagi membincangkan perkara itu. Namun, kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan penggunaan industri," katanya.

Azman menjelaskan, sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, bukannya atas dasar untuk memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti itu.

"Kita tidak rugi apa-apa. Seperti sekarang yang rugi adalah PET-RONAS yang membekalkan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya, ketika ini, PETRONAS menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU), jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM40 mmBtU.

Bulan lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, turut dilaporkan berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik, jika berlaku, akan dibuat berdasarkan kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB.

"Sebarang perubahan harga bahan api akan ditampung TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT)," katanya.

Melalui FCPT, pengguna elektrik berkapasiti 200Kwh sebulan kekal menikmati 21.8 sen setiap kilowatt, sementara yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 juga akan terus menikmati rebat.

"Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB," katanya.

FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti jika gagal mencapai prestasi ditetapkan.

Melalui FCPT, pengguna elektrik dengan kapasiti 200Kwh sebulan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved