Sabtu, 17 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kerajaan perpaduan: siapa bohong?

Posted: 16 Aug 2013 04:00 PM PDT

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, andaian bahawa wujudanya usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu hanyalah rekaan dan imaginasi penulis beberapa portal berita tertentu sahaja.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sedang mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PKR dengan menawarkan kepada Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lima jawatan menteri kabinet.

Dilaporkan bahawa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla menjadi orang tengah kepada usaha itu.

Kemudiannya, Anwar mengesahkannya kepada Asia Sentinel bahawa beliau dihubungi oleh Najib melalui perantara untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu tetapi telah menolaknya sebelum sempat ia menjadi kenyataan atas alasan isu-isu perkauman yang berterusan dimainkan oleh Umno menjadi antara penghalangnya.

Terbaru The Edge Review pula mendetailkan lagi mengenai usaha pembentukan itu dengan menyebut nama Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai orang kanan daripada Umno dan PKR yang sedangkan merundingkan beberapa aspek teknikal bagi memungkinkan idea kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

Najib dikatakan memilih PKR untuk berbaik-baik dan menguatkan lagi kerajaannya bukan saja kerana PKR sebuah parti berbilang kaum yang boleh menampung kelompongan wakil Cina dan India dalam kerajaan tetapi juga dikatakan sebagai langkah membuka gelanggang baru untuk keluar dari pengaruh dan bayang-bayang Mahathir yang sehingga kini masih mahu menunjukkan pengaruhnya dalam Umno dan kerajaan.

Bagaimanapun isu kerajaan perpaduan ini menimbulkan rasa kurang senang di kedua-dua belah pihak.

Di dalam PKR sendiri ramai yang tidak setuju atas alasan penentangan terhadap Umno selama ini ialah berkaitan isu pokok seperti rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya yang tidak boleh dikompromi sama-sekali.

Dalam masa yang sama, Anwar juga mula dikecam secara diam-diam kerana bersetuju berunding dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan itu kerana ia dianggap mengkhianati PAS dan DAP yang selama ini begitu setia dengan Anwar sejak beliau dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Di dalam Umno pula, ramai yang turut tidak setuju dengan kerajaan perpaduan ini kerana merasakan Anwar bukanlah musuh politik yang boleh ditukar menjadi kawan.

Ramai yang kecewa dan sakit hati jika Anwar yang dimusuhi dan diserang selama bertahun-tahun ini tiba-tiba bertukar menjadi rakan kepada Najib serta sebahagian daripada anggota kerajaan.

Secara diam-diam, sudah ada kedengaran suara-suara yang mengecam dan memaki-hamun Najib jika benar beliau mahu berbaik-baik dengan Anwar.

Malah, ada yang mencadangkan agar Najib ditentang bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 19 Oktober depan bagi menghalang usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu daripada menjadi kenyataan.

Walaupun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu hari ini, persoalan yang masih bermain-main di fikiran ramai orang ialah kenapa penafian ini begitu lewat dikeluarkan?

Kenapa setelah hampir seminggu berita megenainya berlegar-legar di ruang atmosfera politik negara, baru ia mahu dinafikan oleh Najib?

Dalam dunia langit terbuka dan semuanya serba pantas sekarang serta mengetahui berita tidak perlu lagi menunggu terbitnya akhbar pada keesokan harinya, tindakan Pejabat Perdana Menteri yang terlalu lewat menafikan perkara ini tetap menyundang persoalan yang sukar dirungkaikan.

READ MORE HERE

 

Ajaran Meragukan, JAIS Tahan 25 Lelaki

Posted: 16 Aug 2013 12:22 PM PDT

DAMANSARA: Sebuah surau di sini dijadikan tempat penginapan bagi sekumpulan yang dipercayai terlibat dalam ajaran meragukan dengan mengubahsuainya menjadi 'bilik tidur' sejak setahun lalu.

Serbuan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam ke atas surau berkenaan mendapati bahagian sisi dan belakang surau itu kelihatan berselerak dan dijadikan umpama bilik kecil untuk mereka tidur juga terdapat beberapa almari menyimpan pakaian.

Jais bertindak melakukan risikan hampir setahun atas laporan orang ramai yang pelik dengan keadaan itu.

Serbuan dilakukan ketika kumpulan berkenaan sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan seorang yang dipercayai ketua mereka selepas solat Jumaat.

Bangun ambil wuduk

Ketika pegawai penguat kuasa Jais sedang melakukan penyiasatan dan meminta mereka memberi MyKad, beberapa ahli kumpulan itu bertindak bangun dan menyatakan hendak mengambil wuduk berikutan kehadiran wanita di dalam surau berkenaan.

Seramai 25 lelaki ditahan termasuk seorang warga asing didakwa terlibat ajaran meragukan dalam Operasi Khas Ajaran yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof.

Seorang warga asing berusia 32 tahun yang ditahan mendakwa, dia datang ke situ untuk solat dan tidak tahu menahu mengenai ajaran kumpulan itu bagaimanapun turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Kumpulan belum difatwakan

Sharom berkata, ajaran kumpulan berkenaan masih belum difatwakan dan serbuan mendapati sebahagian kawasan surau dijadikan kediaman mereka.

"Mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 119 atas dakwaan mengajar tanpa tauliah (Enakmen Pentadbiran Negeri Selangor 2003) dan Seksyen 7 Doktrin Palsu Enakmen Jenayah 1995.

"Ajaran kumpulan itu wujud unsur meragukan atau salah guna surau dan operasi bertujuan membanteras mereka.

"Kita juga dapati mereka ini menggunakan surau ini sebagai tempat kediaman mereka," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Dipercayai katanya, antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan kumpulan itu mengandungi pengajian; zikir malam; tidak melaksanakan solat Jumaat atas alasan musafir dan tenaga pengajar tidak bertauliah.

"Dalam serbuan itu, kita turut merampas kitab yang dipercayai menjadi rujukan kumpulan berkenaan dan semua yang ditahan kemudian dibebas dengan ikat jamin," katanya.

Tambahnya, ajaran ini dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Akidah dan mencapai persetujuan ia dipanjangkan kepada jawatankuasa fatwa.Jelasnya, seramai 40 anggota Jais terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selepas solat Jumaat, semalam. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved