Sabtu, 10 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Perkasa gesa Putrajaya lantik Menteri Pengangkutan dari Umno Selangor

Posted: 09 Aug 2013 11:13 AM PDT

Putrajaya digesa melantik segera Menteri Pengangkutan daripada kalangan pemimpin Umno Selangor sebagai "menghormati keputusan MCA untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan."

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menegaskan parti Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi mempunyai ahli ekoran majoriti pengundi berbangsa Cina telah menolak mereka ketika Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

"Bukan menindakkan hak kaum lain dalam kabinet tetapi mereka yang tidak sudi meletak wakil kaumnya bersama BN. Jadi buat apa lagi layan jika orang sudah tak mahu.

"Memang Perkasa bersikap berkecuali sekarang dan bukan nak masuk campur hal BN tetapi demi kepentingan Melayu dan Bumiputera utamakan kepentingan kaum ini terlebih dahulu sebab merekalah yang mengekalkan kuasa BN," tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Jawatan menteri pengangkutan adalah status quo MCA, dan kini dipangku oleh Datuk Seri Hisahmuddin Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.

Syed Hassan berkata pemberian-pemberian projek mega kepada kaum berkenaan turut mengguris hati usahawan daripada komuniti Melayu Bumiputera kerana mereka adalah komuniti yang terus menyokong kerajaan dan mengekalkan kuasa BN sehingga ke hari ini.

"Berapa sangat yang usahawan Melayu dapat dengan projek MRT? Sistem IT yang digunakan oleh sekolah-sekolaj bernilai lebih RM5blion kepada YTL, apa hasilnya kepada BN?" soal Perkasa dalam kenyataan tersebut, merujuk kepada beberapa projek mega yang sedang dirangka kerajaan.

"Kerajaan BN cukup khuatir jika tak beri perojek-projek besar kepada mereka boleh membuatkan mereka mempengaruhi pengundi-pengundi Cina tidak mengundi BN. Segalanya diberi sehingga mengguris hati usahawan-usahawan Melayu."

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-gesa-putrajaya-lantik-menteri-pengangkutan-dari-umno-selangor 

4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam

Posted: 08 Aug 2013 12:07 PM PDT

Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.

"Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved