Sabtu, 6 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


DAP's Distorted Reality: A Master Class Act to Justify the Party's Action and Inaction

Posted: 05 Jul 2013 03:57 PM PDT

He said she had told him the FOI would be enforced once all rules, regulations, guidelines and charges had been gazetted. 

Here is another example where policies and public projects in Penang are conducted in reverse order. Why gazette the FOI enactment if the procedures, guidelines and operational process are not yet ready? 


The party leadership has criticized the BN for playing to the gallery when it took a drastic decision to cancel the EO but short of studying its consequences and steps that need to be taken. Is the DAP doing the same for the FOI? It was approved and gazetted because the DAP was trying to shore up support for the last GE?

Similarly, the undersea tunnel was approved and awarded without conducting any necessary studies to justify the project. No DEIA yet but contractors have started to appoint subcontractors but the government is telling us that the project might still be rescinded if 'independent' studies are negative. This is a classic case of DAP's distorted reality.

READ MORE HERE

 

The Mamak Dilemma

Posted: 05 Jul 2013 03:52 PM PDT

However, we can't have our dinner till we get this off our chest. It's a real dilemma occupying the cavity in our ears and head. The dilemma hardly compares with Tun Dr Mahathir's observation in The Malay Dilemma but it is irritating.

It does not matter what many pengampu academician said, but The Malay Dilemma was not a scholarly work. However, we've heard our American professors complimenting Tun's astute observations. It was the premise for his policies for 22 years as Prime Minister. 

Our dilemma is The Mamak Dilemma variant. And, it relates to the appointment of Dato Azeez Abdul Rahim as Chairman of Lembaga Tabung Haji (LTH).

Many would comment that it is a clear cut issue, thus there is no dilemma.

True, there is no dilemma and we should agree. We will not dispute the concern of this circulating SMS disputing Azeez's appointment:

..... Bolehkah xxx terima seorang wakil rakyat yang menipu kelayakan akademiknya dan PM Najib tanpa berasa malu telah melantik beliau memegang sebuah Institusi terbesar orang Melayu. Itu bab akademik, ada banyak lagi cerita yang tak enak didengar berkenaan misi misi bantuan kemanusiaan yang beliau kendalikan terutama sekali Misi kemanusiaan Somalia yang mengorbankan nyawa wartawan Bernama. Saya telah terlibat dengan NGO kemanusiaan selama hampir 12 tahun, banyak cerita berkenaan Azeez Putra. What is Najib trying to proof? Its look like he is destroying UMNO n our country. Ikhlas xxx

Not only did we agree that his MBA degree was from a dubious then American University, we were one of the first to take potshots at him during the golden era of Pak Lah and the group of young mamak hypnotising Pak Lah to restful bliss.  


However we will refrain from calling him a cheat and give him the benefit of proving that he had undergone the required coursework and thesis and also the necessary accredition.

If we are chorusing concern to raise issues on candidate choices, cabinet appointments, GLC CEOs with "Dr" Emir Mavani" of Felda Global Venture Berhad being the latest raised and now an ongoing series on Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, we cannot keep quiet on our "now a friend" Azeez.

Is the dilemma because he is "a friend"....?

There was an argument put forward that Dato Anwar Ibrahim himself appointed his inadequately qualified father as Chairman of IOI. It is not a sufficient reply but just returning back the question with another question. [Read MyMassa here.]

It could mean if Anwar is immoral, what is wrong for us to be immoral too. Mampus negara like that.

Someone tossed back PAS's Dato Mahfuz Omar's statement against Azeez by saying that he should be grateful for Azeez's appointment. One day, if PAS ever ruled Malaysia, under-qualified Mahfuz can also be LTH Chairman.

Furthermore, who is PAS to talk when they have the likes of Dato Husam Musa aspiring to be President? Dato Nik Aziz himself was caught helping himself and his wife of land in Gua Musang.
 
Still not answering. Are we to stoop as low as the oppositions?


Remember that the first Chairman of LTH was Royal Professor Ungku Aziz. There was a high benchmark already set and the position was never filled by politicians. Dato Najib wanted 1MDB to be benchmark of excellence in corporate governance by not having politicians on its Board of Directors.He has to be consistent.

One blogger friend argued that Azeez has the experience from running his own family property business and being on the Board of LTH subsidiaries. Sorry bro, not strong enough an argument. [Read MIK here.] 

We have to be honest to ourself. Having Azeez, LTH will not be seen seriously by the investment community.  LTH is managing RM34 billion worth of assets by millions of depositers saving up to go to the holy land.

This is a sacred trust and depositors confidence is essential. The burden is more than having those with the capability and impeccable integrity but also those "seen to be clean."

MIK rebuted by saying that there is process and governance in LTH. Azeez cannot just enter the office and ask any staff to issue a cheque to his or proxy's name. Mahfuz should better answer for Tabung Memali. [Read here]

That we admit is fair comment from MIK. It could also be a debate clincher but it is only us that is not convinced. It is like evading Azeez reputation or negative perception, which ever we view it as.

He has a past and today's Azeez seemed different. 

READ MORE HERE

 

Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi

Posted: 05 Jul 2013 03:45 PM PDT

Yang terbaru, dilema menjadi kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan ahli Umno dikatakan dalam dilema.

Akibat dilema itu, banyak pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta ampun kalau kasar bunyinya.

Di khalayak dan di hadapan media massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.

Di bawah peraturan baru pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan jawatan mana menjadi pilihan.

Buat Tawaran Terbuka

Kalau teruk sangat penyakit Koro (baca di sini) yang mereka alami - dalam hati meronta-ronta hendak bertanding jawatan tertentu, tetapi takut membuka mulut - mungkin ada satu jalan keluar, iaitu mereka buat kenyataan umum mengatakan mereka bersedia bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan.

Cuma bahayanya adalah perwakilan mungkin tidak faham hasrat sebenar mereka. Silap-silap jadi kacau. Misalnya, dalam hati meronta-ronta hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden, tapi dicalonkan bertanding Naib Presiden saja.

Atau mereka boleh kata: "Oleh sebab Umno adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan saya menghormati hak ahli, maka dengan ini saya menyatakan bahawa jawatan yang saya pegang boleh dicabar oleh sesiapa saja."

Apabila penyandang berdiam diri, orang ramai mungkin buat kesimpulan penyandang tertentu tidak mahu dicabar atau takut dicabar. Kita faham bahawa yang paling teruk hadapi dilema (kalau beliau dalam delima) adalah orang nombor dua.

Orang nombor satu tentulah akan pertahan jawatannya kecuali dia bercadang untuk bersara. Keputusan hendak cabar atau tidak adalah di tangan orang nombor dua. Dalam konteks pemilihan Umno kali ini, orang itu adalah Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden.

Adakah beliau dalam dilema atau beliau akan mencabar Presiden, Mohd Najib Abdul Razak?

Peranan Muhyiddin Sebagai "King Maker"

Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?

Soalan yang harus dijawab oleh kepemimpinan dan keahlian Umno adalah masa depan dan hala tuju parti itu. Pemimpin Umno sering mendakwa bangsa Melayu, agama Islam dan negara bergantung kepada Umno – demi bangsa, agama dan negara!

Kalau mereka ikhlas terhadap kenyataan itu dan tidak memikirkan kepentingan diri mereka sahaja, mereka tentu tahu dan berani menyatakan secara terbuka siapa yang layak dan boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas berat demi Melayu, agama Islam dan negara.

Mereka perlu berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu – adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?

Apakah yang ditonjolkan dalam pilihan raya lalu – panji-panji Umno, agenda Melayu dan ekonomi luar bandar atau 1Malaysia, "Sokong Saya Undi BN" dan Janji Ditepati?

Siapakah yang diutamakan dan ditonjolkan sebagai penyelamat Barisan Nasional ketika PRU – Melayu, Cina atau India?

Perwakilan dan ahli Umno wajib fikirkan semua ini kalau mereka komited kepada idealisme dan slogan demi bangsa, agama dan negara.

Siapa Pilihan Bukan Melayu?

Ironinya, hari ini, banyak orang bukan Melayu yang Perdana Menteri tuduh sebagai penyebab "tsunami Cina" pada PRU lalu, mahu Mohd Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Tiba-tiba mereka "yakini" 1Malaysia dan sokong Mohd Najib kerana beliau dianggap "Malaysia first" dan transformasi beliau menguntungkan mereka. Sebaliknya mereka momokkan Muhyiddin kerana dilaporkan berkata beliau "Malay first".

Secara tidak disedari atau disengajakan, hakikat yang tidak diperkatakan adalah tidak seorang pun warganegara Malaysia dilahirkan sebagai berbangsa "Malaysian". Kita sama ada dilahirkan Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India atau suku-suku kaum lain. Dan sepanjang hayat kita, fakta bangsa dan kaum penting. Sebab itulah Melayu dan Bumiputera mempertahankan keistimewaan mereka manakala orang Cina dan India mati-matian mempertahankan bahasa dan sekolah mereka. 

READ MORE HERE

 

Pulau Pinang Akan Diisytiharkan Sebagai Negeri Kristian Secara Rasmi Dalam Tempoh Terdekat

Posted: 05 Jul 2013 12:24 PM PDT

Walaupun Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang mempunyai bilangan penganut Kristian yang ramai dan majoriti daripada komposisi penduduk, namun disebabkan penganut-penganut Kristian di kedua-dua negeri tersebut adalah Pribumi dan Bumiputera, kecenderungan untuk mencetuskan masalah dan bermegah-megah dengan kebencian terhadap Perlembagaan Malaysia tidaklah begitu ketara.

Kalaupun para pemimpin DAP Sarawak yang juga bertindak sebagai mubaligh Kristian, cuba berlagak dengan kemenangan mereka, mereka sendiri tidak akan berani membuat sebarang perisytiharan di Sarawak. Sebaliknya mereka akan menyeberang Laut China Selatan dan menuju ke Pulau Pinang.

Tidak lama dahulu, beberapa hari selepas berakhirnya Pilihanraya Negeri Sarawak, para pemimpin dan calon-calon DAP Sarawak yang menang, telah berkumpul di Pulau Pinang bersama-sama dengan gerombolan pastor dan paderi. Pendedahan tentang sumpah ikrar mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian telah menggemparkan negara.

DAP menerusi Lim Guan  Eng, dengan pantas menafikan berita berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Sebaliknya Setiausaha Agung DAP itu menyatakan bahawa DAP menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sebarang cubaan untuk mengubah perkara berkenaan akan ditentang oleh DAP secara habis-habisan.

Bagaimanapun, itu hanyalah pemanis mulut Lim Guan Eng dan DAP.

Hakikatnya, DAP sedang bergerak secara aktif untuk menjadikan Kristian Katholik dan Methodist yang mereka anuti sebagai agama rasmi negara ini. Beberapa kes pemurtadan yang turut melibatkan para pemimpin DAP, telah berlangsung di Selangor. Hanya kerana enggan menjadikan negara ini sebagai kawah berdarah kerana pertempuran kaum, para pembesar dan penguasa Melayu-Islam mengambil jalan tengah tanpa mahu membesar-besarkan perkara berkenaan.

Mungkin kerana itulah, DAP semakin bongkak dan angkuh. Kemenangan besar di Pulau Pinang pada PRU13 lalu, telah membuatkan DAP sedar bahawa usaha mereka mengubah Perlembagaan Malaysia semakin tidak terhalang. Pulau Pinang akan diisytiharkan sebagai Negeri Kristian pertama di Malaysia manakala Selangor pula menjadi hub pengembangan dengan pusat pendakwahan Katholik terbesar di Asia Tenggara, bagi menggantikan kedudukan Filipina.

SEL13.COM mendapat maklumat tentang persiapan terakhir DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng untuk membuat pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian di Malaysia apabila beberapa desakan mereka terhadap Kerajaan Malaysia, termasuklah memindahkan kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong menerusi SPR kepada Jawatankuasa Parlimen yang disertai oleh Lim Kit Siang untuk memantau SPR, sudah dipenuhi.

Pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian rasmi pertama di Malaysia, akan membantu DAP mengaut lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan. DAP akan menggunakan kejayaan tersebut sebagai umpan kepada para pengundi, khususnya Bumiputera-Kristian di Sarawak agar menjadikan DAP sebagai payung mereka agar Sarawak menjadi Negeri Kristian kedua selepas Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, kegiatan pemurtadan sedang giat dijalankan. Lebih banyak ikon serta simbol Kristian dinaikkan di serata negeri berkenaan tanpa dapat dihalang atau ditegur oleh sesiapa pun. Kedudukan DYMM Yang Di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, telah dipandang remeh dan langsung tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka.

Dan kalau kita perhatikan, kecenderungan tentera Red Bean Cina DAP menghentam, menyerang dan menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu, merupakan antara strategi utama untuk mendapatkan hak bagi penubuhan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian. Walaupun DAP mungkin berselindung di sebalik segala macam penipuan yang mereka lakukan, terutama sekali menerusi persekongkolan dengan PAS dan PKR, hakikatnya DAP lebih bijak beroperasi secara senyap-senyap dan lebih halus dengan penafian menjadi rukun hidup mereka.

Found at: http://sel13.com/pulau-pinang-akan-diisytiharkan-sebagai-negeri-kristian-secara-rasmi-dalam-tempoh-terdekat/ 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved