Rabu, 3 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Liang Pertahan Dakwaan Anwar Ada 20 Akaun Luar Negara

Posted: 02 Jul 2013 11:00 PM PDT

Menurut Liang, tujuannya mendedahkan dakwaan berkenaan bagi mendesak kerajaan menyiasat kebenaran maklumat yang diperolehinya daripada Internet kerana tidak mahu berlakunya campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia.

Tegas Liang, campur tangan kuasa asing merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan dan memerlukan siasatan yang telus bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

"Dalam Internet ada tuduhan bahawa Anwar memiliki 20 akaun di luar negara yang berjumlah ratusan juta semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sembilan akaun itu berada di Israel National Bank.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel jadi apa kaitan Anwar dengan Israel?

"Isu-isu campur tangan asing inilah yang saya minta penjelasan dan jawapan konkrit daripada kerajaan. Sekiranya benar ada kuasa ketiga hendak menumbangkan kerajaan, kita tidak boleh memperlekehkan perkara keselamatan dan kedaulatan ini," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Mengulas mengenai hasrat pembangkang untuk mengheretnnya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen, Liang berkata, tindakan itu bertujuan menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan mengenai campur tangan asing dalam politik di negara ini.

"Saya dapat maklumat ini daripada Internet, Anwar boleh cakap maklumat ini tiada dalam Wikileaks tetapi saya memohon siasatan oleh kerajaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam politik di negara ini," katanya.

"Saya cuma minta penjelasan dan terpulang kepada kerajaan, saya tiada masalah untuk meminta maaf sekiranya siasatan mendapati maklumat ini tidak benar. Tapi kalau ada orang yang disabitkan kesalahan (kerana berkomplot dengan kuasa asing) dan dibuktikan ada bersalah, dia hendaklah dijatuhkan hukuman sebagai pengkhianat negara," katanya.

 

Kedudukan Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor masih kabur

Posted: 02 Jul 2013 03:30 PM PDT

Ketua Umum PKR itu mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai pegawai perhubungan politik kepada menteri besar Selangor  sewaktu menggulung perbahasan Kongres Tahunan Nasional ke-9 PKR di Dewan Sivik MBPJ pada hujung Mei lalu.

"Pengesahan berkenaan perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim," kata Saifuddin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini. 

"Jawatan jurucakap politik itu masih belum diwujudkan di negeri Selangor,"  tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali pada awal bulan lalu mendedahkan ada di kalangan anggota PKR Selangor yang kurang senang dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan berkenaan.

Azmin memberitahu pelantikan berkenaan seolah-olah meminggirkan pemimpin PKR Selangor yang lain.

Sinar Harian turut melaporkan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pada Jun lalu belum menerima maklumat rasmi berhubung pelantikan Saifudin ke jawatan tersebut.

Zuraida memberitahu PKR mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Awal bulan lalu, Abdul Khalid memberitahu tugas Saifuddin di pejabat menteri besar Selangor akan diumumkan pada minggu berikutnya namun sehingga kini pelantikan berkenaan masih kabur.

Abdul Khalid membayangkan antara tugas jurucakap berkenaan adalah membantu penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar bandar.

Menteri besar itu turut memberitahu pelantikan Saifuddin bukan lagi ura-ura. Beliau bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya 2013 di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada Jun tahun ini.

Pada Pilihan Raya 2013, Saifuddin yang bertanding mewakili PKR untuk kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu  tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi.

 

Dakwa milik 20 akaun, PR mahu ambil tindakan MP BN

Posted: 02 Jul 2013 03:06 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Teck Meng itu jelas tidak berasas kerana melalui kajian ke atas laman wikileaks.org mendapati tiada langsung maklumat yang menyebut Anwar mempunyai jumlah akaun sebanyak itu.

Oleh sebab itu katanya, tindakan akan diambil ke atas Teck Meng kerana sengaja mengelirukan Dewan Rakyat tanpa asas dan dasar yang kukuh.

"Kalau betul ada dakwaan itu, saya mahu ahli Parlimen Simpang Renggam bercakap di luar Parlimen dan beliau boleh didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Seperti yang saya kena sekarang.

"Oleh itu, kami mahu ahli Parlimen tersebut jangan bersembunyi di sebalik kekebalan Dewan Rakyat. Beliau mendakwa maklumat itu ada, maka buktikan dari mana beliau dapatkan data tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kemungkinan Teck Meng mendapat maklumat tersebut dari beberapa blog yang didakwa milik Umno dan jelas ia adalah maklumat tersebut tidak benar.

"Kami telah beri tempoh 24 jam, kami akan rujuk pada hansard Parlimen sebelum membawa isu ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya.

Semalam, Teck Meng mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Dakwa Teck Meng, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Katanya lagi, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved