Selasa, 23 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mahkamah P’raya tolak 5 petisyen di Kelantan

Posted: 22 Jul 2013 06:35 PM PDT

Dun Air Lanas, Kok Lanas dan parlimen Ketereh dimenangi BN, manakala Dun Mengkebang dan Manek Urai pula kekal di tangan PAS.

Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara bertulis.

Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan.

Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.

Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.

Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.

Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).

Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam. Manakala responden pertama diketuai Dato' Mohd Hafarizam Harun disertai Ilias Mohd Noor dan Nor Azli Ahmed.

Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria.

Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.

Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.

Petisyen parlimen Machang ditolak pada prosiding sebelum ini.

 

RM476 juta ditabur di Kuala Besut

Posted: 22 Jul 2013 06:06 PM PDT

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu menegaskan bahawa jumlah besar tersebut menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan bagaiman rakyat di dun Kuala Besut telah dipinggirkan selama ini.

"Kesemua isu-isu yang kami bangkitkan dalam tempoh berkempen ternyata memberi impak yang besar kepada lawan kami sehingga terpaksa mengeluarkan peruntukan yang sangat besar bagi penduduk Kuala Besut

"Hingga hari ini 476 juta telah diperuntukan dan kita dapati angka ini adalah yang tertinggi dalam sejarah piliharanraya. Daripada pengiraan kami, setiap nilai kertas undi di dun Kuala Besut berharga 27,000 seorang", tambahnya.

Akhbar akhbar tempatan sebelum ini telah menerbitkan berita peruntukan kerajaan negeri bagi menaiktaraf pembangunan di Kuala Besut. Antara peruntukan yang tertinggi adalah pembinaan empangan berharga 35 juta ringgit bagi para petani di Pengkalan Nangka serta klinik kesihatan bernilai 39 juta ringgit di Besut.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly percaya bahawa PAS bakal merapatkan jurang defisit undi sebanyak 2,343 yang dicatat pada pilihanraya umum yang lepas. Beliau menambah faktor calon yang dikenali oleh hampir semua penduduk kampung Kuala Besut bakal memberikan impak yang berbeza.

"Che Long dikenali oleh hampir 70% penduduk kampung dan ini merupakan faktor kukuh bagi kami. Selain daripada itu, jentera kami juga telah berjaya memainkan peranan yang besar sepanjang tempoh pilihanraya,"

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengulangi agenda kemenangan 16-16 yang bakal membawa perubahan besar kepada rakyat di Kuala Besut. Menurut beliau kempen 16-16 telah berjaya menambat hati penduduk setempat dan dilihat bakal memberi impak positif kepada parti Pas.

"Kami percaya bahawa kempen 16-16 sudah membawa kesan yang besar kepada rakyat tempatan dan kami berharap bahawa rakyat Kuala Besut akan membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon yang bakal membawa perubahan," kata Dr Dzulkefly.

 

Pengundi Kristian Kota Belud kecewa dengan Rahman Dahlan

Posted: 21 Jul 2013 02:20 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud,  Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyokong seruan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Al-Kitab (Bible versi Bahasa Indonesia) yang mengandungi perkataan "Allah" dikecam hebat di kalangan penduduk Sabah.

Para pengundi Kota Belud dari kalangan Kristian dalam senyap membidas kenyataannya kelmarin sebagai kurang ajar dan biadap serta "kacang lupakan kulit" terhadap sokongan masyarakat Kristian di Kota Belud.

Mereka yang ditemui FMT bagaimanapun "lega" kerana mengetahui wakil parlimen mereka adalah pengikut Ibrahim Ali dalam hal ini.

Kata mereka, sekurang-kurangnya wajah sebenar Abdul Rahman kini semakin diketahui.

Mereka tidak menuntut kata maaf dari wakil parlimen mereka tapi mengingatinya pada pilihanraya akan datang.

Beberapa pemimpin gereja di sini dan juga di tempat lain di Sabah dikatakan menyebut perkara tersebut dalam doa dan kebaktian mereka dan meminta Tuhan menuntun hati para pemimpin Malaysia supaya tidak menjurus kepada perbuatan yang membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

READ MORE HERE

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved