Rabu, 24 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Isu Kantin Selesai - Timbalan Menteri

Posted: 23 Jul 2013 05:31 PM PDT

"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengambil tindakan segera berhubung kes itu dan akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah lain.

"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.

"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," katanya pada sidang media di kantin sekolah itu.

Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Kamalanathan turut berkata, sekolah itu telah memohon peruntukan daripada kementerian untuk memperluaskan kafetaria yang sebelum ini agak kecil untuk menampung murid-murid di sekolah berkenaan.

"Saya akan memberi sumbangan peribadi berjumlah RM10,000," katanya.

 

Hakim rayuan kes Fitnah II disebut dalam video VK Lingam

Posted: 23 Jul 2013 11:38 AM PDT

"Ada kemungkinan dia (Ramly) dilantik untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, " kata ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Selain Ramly, dua lagi hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya terdiri daripada Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh.

shafeeSementara itu, Tian menambah, pelantikan Shafee Abdullah (kiri) sebagai ketua pasukan pendakwaan adalah pincang kerana beliau merupakan peguam BN dalam kes membabitkan krisis perlembagaan negeri Perak di mahkamah.

Dalam perbicaraan tersebut, BN diwakili Shafee dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Pelik apabila kerajaan tidak melantik mana-mana DPP (Timbalan Pendakwaraya) dari pejabat Peguam Negara," katanya.

Justeru kata Tian, Shafee berpotensi tidak meletakkan posisinya sebagai ketua pendakwa dengan tujuan menegakkan keadilan berikutan sikapnya yang prejudis terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar.

"Shafee berkata dengan angkuh; dalam satu atau dua jam, dia boleh seksa Anwar.

"Jelas ada unsur campur tangan politik dalam kes rayuan ini. Seolah ada niat untuk melanjutkan konspirasi," kata Tian. 

Pelakon Lelaki Berpakaian Wanita Diambil Tindakan Tegas

Posted: 23 Jul 2013 10:47 AM PDT

Kerajaan khususnya pihak berkuasa agama dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki berpakaian wanita di stesen televisyen berbayar yang dilihat mendorong kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketika membuat gesaan itu, Anggota Dewan Negara Senator Rohani Abdullah berkata, meskipun hanya lakonan, perbuatan memakai pakaian dan menyerupai wanita itu jelas haram di sisi Islam.

"Pihak berkuasa agama memang ada bertindak kepada golongan lelaki berpakaian wanita yang berlagak seperti pondan dan sebagainya tetapi masih tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelakon.

"Tindakan pihak berkuasa agama hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja tetapi perlu diketahui stesen televisyen berbayar ini ditonton ramai orang," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan membendung ajaran Syiah yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved