Ahad, 21 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh

Posted: 20 Jul 2013 08:05 PM PDT

Menurut The Malaysian Insider, penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat.

"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada portal itu.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

 

Kuala Besut penentu masa depan Najib?

Posted: 20 Jul 2013 03:43 PM PDT

Mengulas dalam tampalan yang lalu, pembahas "drlangitbiru penang" berkata: "Dato' tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?"

Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.

Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan DUN Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.

Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada PAS dalam PRK di Terengganu dan yang kedua PAS mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.

Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar.

Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.

Apa yang tersirat di sebalik kenyataan Khairy

Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.

Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.

Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan "Sokong Saya Undi BN" serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.

Jadi kalau ada cabaran dalam pemilihan agung Umno akhir tahun ini, kedudukan Mohd Najib terancam. Selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1969, Mohd Najib adalah PM dan Presiden Umno paling lemah dalam sejarah pasca PRU.

Berbalik kepada kenyataan Khairy yang dilaporkan secara meluas oleh media alternatif tetapi tidak oleh MAP, saya menganggapnya sebagai mengandungi makna yang mendalam.

Kita tentu masih ingat bahawa Khairy berada di sisi Abdullah apabila bapa mertuanya diasak meletakkan jawatan setelah gagal mempertahankan suara dua pertiga dalam PRU 2008 dan terpaksa berundur tidak lama setelah BN kalah dalam PRK Kuala Terengganu.

Kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu mengukuhkan tuntutan penentang Abdullah agar beliau meletakkan jawatan. Abdullah meletakkan jawatan pada 3 April 2009.

READ MORE HERE

 

PAS sokong fatwa anti-Syiah Mukhriz, minta kembang seluruh negara

Posted: 19 Jul 2013 04:33 PM PDT

Beliau berkata, cadangan itu perlu dikembangkan di seluruh negara bagi mengekang penularan Syiah dalam negara ini.

"Tidak ada masalah, kita tengok dulu selepas ia diwartakan. Kita bukan orang Syiah dan tidak tahu Syiah ada di Malaysia," kata Harun dipetik dari Sinar Harian Online hari ini.

Sementara itu, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata tidak ada masalah dengan cadangan itu tetapi kerajaan Kedah perlu melihat secara menyeluruh dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak.

Setiausaha Majlis Syura PAS itu menegaskan kerajaan negeri juga perlu mendengar kenyataan semua pihak supaya ia tidak bercanggah dengan akidah dan prinsip Islam.

"Isu ini (Syiah) perlu perbincangan. Kerajaan negeri jangan berat sebelah. Dalam negara yang mengamalkan al Sunnah Wal Jamaah, ada baik dan tidak baik. Syiah dilihat sudut yang tidak baik di Malaysia.

"Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini secara global dan jangan memperbesarkan perkara yang kecil," tegas Nik Zawawi.

Media melaporkan kerajaan Kedah akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved