Selasa, 2 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Manusia, Perjuangan dan Penyakit Wahan

Posted: 01 Jul 2013 01:20 PM PDT

Unsur utama sesebuah perjuangan adalah; menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Jika unsur ini tiada, daya usaha sesebuah kumpulan hanya boleh ditakrifkan sebagai initiatif, gerakan, kegiatan, koperasi, aktivisme dan sebagainya – bukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan adalah sesuatu yang perit. Pengorbanan menagih seseorang mengorbankan keselesaan, kebebasan, hinggakan nyawanya sendiri. Maka, tidak ramai yang sanggup berjuang untuk 'menegakkan keadilan dan menentang kezaliman'. Juga, tidak hairanlah jika terdapat mereka yang tidak tahan, lalu berhenti separuh jalan.

Sirah dan perjuangan

Perjuangan 'menegakkan keadilan dan menentang kezaliman' bukanlah sesuatu yang baru. Ia adalah kitaran peradaban semenjak manusia mula-mula menjejakkan kaki di bumi ini. Cuma kumpulan dan kaum pendokong perjuangan itu bertukar-tukar, dari generasi ke generasi.

Kepada penganut agama samawi (Yahudi, Kristien dan Islam) yang mempercayai Kitab-Kitab Suci (Taurat, Injil dan Al-Quran), mereka tidak akan terlepas dari sirah-sirah (kisah-kisah) para Rasul. Rasul-rasul ini membawa mesej Tauhid, yakni mengajak manusia untuk tunduk kepada Tuhan yang Maha Esa; membebaskan manusia dari menyembah idola, atau apa sahaja selain dari Tuhan.

Dalam menyampaikan mesej tersebut (dakwah), para Rasul tidak terlepas dari tentangan masyarakat, terutama sekali pembesar-pembesar yang zalim. Selain dari menyampaikan mesej ketuhanan, para Rasul bersama sahabat-sahabat setia mereka menjadi pembela keadilan golongan teraniaya dan menentang penguasa yang zalim.

Sebagai contoh, Nabi Nuh a.s dengan tegas dan konsisten berhadapan dan berhujah dengan pembesar-pembesar kaumnya yang kasar dan angkuh. Pada masa yang sama, beliau berdiri teguh bersama golongan yang menerima kebenaran, walaupun mereka terdiri daripada pengemis dan orang miskin. Kesabaran dan ketabahan beliau menjadi pengajaran kepada usaha-usaha perjuangan umat manusia selepasnya. (Akhirnya, seperti yang semua tahu, beliau dan sahabat-sahabatnya terselamat dari bencana banjir besar dengan menaiki bahtera yang diperintahkan Allah untuk membinanya)

Sirah Nabi Musa a.s memberi pengajaran perjuangan 'menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman' dengan – terang, jelas dan klasik. Mungkin kerana itu, Al Quran dipenuhi dengan sirah Nabi Musa a.s. Seperti yang diketahui umum, Nabi Musa a.s berjaya membebaskan Bani Israel dari perhambaan Firaun yang sangat kejam dan zalim. Beliau tegas apabila berhadapan dengan ancaman Firaun serta pembesar-pembesarnya seperti Haman dan Karun. Nabi Musa a.s, mempunyai pilihan untuk tinggal di istana Firaun (beliau adalah anak belaan Asiah-permaisuri Firaun), tetapi memilih perjuangan untuk membela kaumnya. Keberanian dan kecekalan jiwa Nabi Musa a.s dalam menegakkan kebenaran, menjadi contoh ketinggian moral kepada umat manusia selepasnya.

Sirah Nabi Muhammad SAW juga penuh dengan perjuangan 'menegakkan keadilan dan menentang kezaliman'. Inilah sunnah yang diikuti oleh para sahabat dan generasi berikutnya. Ia merupakan faktor perkembangan Islam yang fenomenal pada generasi para sahabat, sehingga ia tersebar dari Persia hingga ke Mesir (dalam satu generasi sahaja).

Sirah Nabi Muhammad SAW jauh lebih lengkap dan terperinci berbanding rasul-rasul lain. Tidak kiralah dari sumber mana sekalipun, Islam ataupun barat. Ini adalah hasil usaha sarjana Islam yang sistemetik. Umat manusia haruslah berterima kasih kepada sarjana Islam kerana telah menyempurnakan sistem pengesahan fakta bersanad, yang sekurang-kurangnya 1200 tahun lebih awal dari sistem citation (seakannya) yang digunapakai sebagai kaedah sainntifik masa kini.

Secara ringkasnya, Nabi Muhammad SAW telah mengangkat martabat penduduk tanah Arab dengan nilai ketuhanan dan peradaban yang unggul. Perubahan ini amatlah mengagumkan kerana sifat orang Arab sememangnya kasar dan degil. Seperti rasul-rasul sebelumnya, Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat setianya – membela mereka yang teraniaya dan menentang pemerintah yang zalim (Quraisy). Pengorbanan para sahabat tiada tolok bandingnya. Isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah yang kaya raya, meninggalkan dunia tanpa sebarang harta. Sama juga para sahabat, yang ternama ataupun tidak. Bukan setakat harta, mereka sanggup mengorbankan nyawa; menyertai peperangan menentang kaum Quraisy, perikatan kaum-kaum Arab, puak Yahudi dan kaum Roman, yang tidak henti-henti menekan kaum Muslimin. Ramai isteri yang menjadi janda dan ramai anak yang menjadi yatim. Pengorbanan mereka melibatkan keseluruhan kaum Muslimin ketika itu. Semuanya dikorbankan mereka demi menegakkan akidah, keadilan dan menentang kezaliman.

Read more at: http://secebiswaras.wordpress.com/2013/07/01/manusia-perjuangan-dan-penyakit-wahan/ 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved