Selasa, 16 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ahli PKR mahu hantar memo kepada JK Disiplin

Posted: 15 Jul 2013 07:11 PM PDT

Menurut sumber dalaman PKR, berkata bahawa Khalid telah menguggurkan nama Dr Xavier dan menggantikan dengan Dr Daroyah Alwi, Adun Sementa sebagai Exco tanpa mendapatkan restu dan persetujuan dari Biro Politik parti.

"Ketidakpatuhan Khalid terhadap keputusan parti bukanlah baru," tegas beliau yang enggan namanya disiarkan.

Tambah beliau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim , nampak gah secara mata kasar luaran tetapi sebenarnya beliau tidak boleh 'kawal ' Khalid.

Ujarnya lagi dalam banyak perkara Khalid tidak melayan panggilan telefon dari Anwar.

Ia bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pimpinan parti di mana Anwar sendiri terpaksa mencari Khalid di rumahnya di Damansara Height untuk  membincangkan beberapa perkara.

Khalid belakangkan kepimpinan PKR

Khalid juga dilihat membelakangkan kepimpinan PKR negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) walaupun Khalid duduk di dalam Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor  atas  kapasitinya sebagai ketua cabang Kuala Selangor.

Dilaporkan juga Khalid hampir tidak menghadiri langsung mesyuarat MPN tersebut.

Dalam satu kes lain, Khalid dilaporkan enggan mematuhi arahan MPN Selangor yang telah dipersetujui oleh Biro Politik pusat parti untuk melantik Hamidi Hassan, Setiausaha  MPN Selangor sebagai setiausaha Politiknya menggantikan Faekah Husin.

Hamidi calon PKR, seorang bekas pengurus bank, tewas di Dun Semenyih dalam PRU 13 yang lalu.

Dalam satu perkembangan terbaru, bekas pembantu khas kepada  Dr Xavier iaitu Abdul Razak Ismail telah dipanggil mengadap panel jawatankuasa Disiplin parti semalam bagi menjawab tuduhan terhadap beliau.

Abdul Razak diberi surat tunjuk sebab selepas khabarnya mengeluarkan kata-kata kesat melampau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu membabitkan pengguguran Dr Xavier sebagai Exco Negeri Selangor.

READ MORE HERE

 

‘Mengapa pasangan hina Ramadan dibebaskan’

Posted: 15 Jul 2013 07:06 PM PDT

Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee.

Katanya, jika pihak berkuasa agama dan termasuk mereka yang bertanggungjawab dalam undang-undang tidak bertegas dalam perkara ini, akhirnya 'kepala umat Islam' di negara ini akan terus dipijak oleh bukan Islam.

Beliau  menambah aruah umat Islam di negara ini akan berterusan berada di tahap yang paling hina jika pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee dilepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Pasangan itu  mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan mengucapkan 'selamat  berbuka puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan.

Menurutnya,  pasangan tersebut yang sebelum ini terkenal dengan blog seks sepatutnya didakwa di mahkamah dan wajar dijatuhkan hukuman setimpal agar menjadi teladan dan peringatan kepada mereka yang sengaja mempersenda dan menghina kemuliaan agama Islam.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail turut menjelaskan bahawa Alvin dan Vivian boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, tetapi mengapa sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan  yang dibuat.

`Double standard'

Syed Ali berkata, beliau bimbang akibat daripada itu, akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan umat Islam bahawa penguatkuasaan undang-undang  berhubung kesucian agama Islam di negara ini dilakukan tidak tegas dan 'double standard'.

READ MORE HERE

 

Remaja Hina Islam Dibogel, ‘Spender’ Dilarikan Toyota Alphard

Posted: 15 Jul 2013 12:44 PM PDT

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku "MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER"

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

saya hina islam

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved