Isnin, 8 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Rafizi dakwa SPR belanja hampir RM500 juta pada PRU13

Posted: 07 Jul 2013 02:52 PM PDT

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau berkata, ia dibuktikan apabila SPR memohon peruntukan tambahan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibawa ke Parlimen hari ini dengan tambahan  RM60 juta.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, peruntukan tambahan itu bagi menampung urusan kos perbelanjaan persediaan awal yang digunakan pada 2012 sebelum PRU13.

Beliau berkata, SPR diberi peruntukan RM45 juta tetapi memerlukan tambahan RM360 juta sebelum ini.

"Berkemungkinan mereka jangka PRU13 berlangsung pada 2012 tetapi sebaliknya 2013. Ini tambahan lagi RM60 juta, kalau tidak digunakan mengapa perlukan tambahan kewangan?" katanya yang menggesa SPR mengemukakan butiran perbelanjaan untuk semua jumlah peruntukan itu.

"Jumlahnya RM465 juta. Kita akan terus tanya di Dewan. Setakat ini jawapan disediakan SPR. Mereka tidak sediakan pecahan," katanya, menambah 'permohonan peruntukan tambahan' dibuat selepas ia digunakan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kepada Bernama jumlah sebenar perbelanjaan PRU13 hanya diketahui apabila akaun perbelanjaan pilihan raya ditutup memandangkan bayaran masih dilakukan pejabat SPR negeri.

"Dalam soal bajet, kita telus kerana perbendaharaan akan pastikan setiap kos pada PRU disertai dengan butiran dan akhirnya diperiksa dan diaudit.

"Berdasarkan pengalaman, selalunya tidak melebihi jumlah besar atau jumlah siling yang diluluskan. Dasar SPR ketika meminta peruntukan, kita tidak mahu apabila sampai setengah jalan, bajet tak cukup.

Jadi kita membuat permintaan untuk jumlah atau anggaran besar," katanya. - 8 Julai, 2013.

READ MORE HERE

 

Parlimen: Tiga rang undang-undang ditarik balik

Posted: 07 Jul 2013 02:29 PM PDT

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Usul itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lepas oleh Jamil Khir.

Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional. 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved