Selasa, 25 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Wan Ahmad: SPR jadi ‘kambing hitam’ kerana Pakatan takut salahkan rakyat

Posted: 24 Jun 2013 02:27 PM PDT

Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.

"Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Semalam, sekumpulan lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen sempena upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat ke-13.

Demonstrasi yang bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu menunutut agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad meletakkan jawatan ekoran dakwaan wujudnya kecurangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Demonstrasi semalam turut menyaksikan beberapa  aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim, Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang, dan juga Shukri Razab.

"Tindakan mereka (demonstrasi) tak masuk akal .. kita buat kerja betul, ikut undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut berkata tindakan demonstrasi dan himpunan dilaksanakan PR juga seperti mempunyai agenda tersembunyi, yang mana SPR telah melaksanakan tugas dengan betul ketika pilihan raya.

"Kami telah jalankan tugas dengan baik semasa pilihan raya. Ada negeri yang telah angkat sumpah di Dewan Negeri, dan semalam upacara mengangkat sumpah di Parlimen ... ini sudah pasti ada agenda lain.

"Tapi saya tidak tahulah apa agenda mereka," katanya.

Wan Ahmad menegaskan PR menjangkakan akan memenangi Pilihan Raya 2013, namun apabila itu tidak berlaku, SPR menjadi sasaran mudah dan disalahkan.

"Mereka tewas kepada Barisan Nasional (BN) mereka rasa marah, nak kata rakyat tidak memilih, mereka takut ... jadi jalan mudah adalah menyalahkan pengendali pilihan raya," katanya.

READ MORE HERE

 

Perhimpunan Black 505 disabotaj?

Posted: 24 Jun 2013 01:28 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa perhimpunan tersebut berjaya apabila mesej yang cuba hendak disampaikan kepada rakyat itu jelas.

Tetapi, tiada siapa menafikan bahawa buat kali pertama perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat kurang mendapat sambutan dan gagal mencapai sasaran.

Penganjur sebelum ini mensasarkan 300,000 peserta yang akan menghadiri ke perhimpunan tersebut tetapi hanya kurang daripada 30,000 sahaja membanjiri Padang Merbok.

Walaupun, jerebu disebut sebagai salah satu punca utama , perhimpunan Black 505 yang kemuncak itu kurang mendapat sambutan, ramai yang berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang lain disebalik "kegagalan" perhimpunan tersebut.

Apakah peserta Himpunan Black 505 hilang momentum atau "letih" dengan siri himpunan Black 505 yang tidak membawa sebarang perubahan dalam politik tanah air.

Orang muda bosan

Himpunan Black 505 pada Sabtu lalu adalah yang ke-17,  yang pertama mendapat sambutan luar biasa di Stadium Kelana Jaya, pada Mei 8 yang lalu.

Berbual dengan beberapa peserta daripada golongan muda yang jelas berasa bosan dengan himpunan di padang dan stadium.

Mereka lebih berminat kepada tindakan drastik daripada pemimpin pembangkang untuk terus mengekalkan semangat rakyat dalam isu keputusan pilihan raya.

Beberapa sepanduk terdapat sekitar Padang Merbok, antaranya 'Selalu ceramah, bila nak aksi?' jelas menunjukkan kehendak rakyat iaitu mereka hilang kepercayaan dengan ceramah atau berkumpul.

Selain daripada itu, keputusan Pakatan Rakyat berniat tidak boikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat telah membuat rasa tidak puas hati kepada segelintir penyokong Pakatan Rakyat yang juga mungkin salah satu sebab utama himpunan Black 505 kurang mendapat sambutan.

Pakatan Rakyat yang memenangi 51% undi popular pada pilihan raya umum yang ke-13, pada awalnya merancang untuk memboikot upacara angakat sumpah, sebagai tanda bantahan keputusan pilihan raya, sebelum dinafikan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat dan juga NGO berpendapat bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat sepatutnya perlu boikot upacara angkat sumpah semalam  sedangkan mereka mempunyai enam bulan untuk berbuat demikian.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved