Rabu, 5 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


MB Khalid enggan layan krisis Azmin-Saifuddin

Posted: 04 Jun 2013 07:13 PM PDT

 

Sebaliknya menegaskan keputusan melantik Saifuddin itu adalah muktamad selepas mandapat 'restu' daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Nasional PKR pada 25 Mei lalu.

"Tak payah bincang sebab kerajaan negeri mencari individu yang mempunyai keupayaan dalam menolong negeri melaksanakan manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat semasa PRU13 lalu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, pihaknya akan meneruskan perbincangan lanjut dengan pegawai di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menerangkan garis panduan tugas Saifuddin.

Tugas itu akan membantu kerajaan negeri menguruskan hal ehwal pembangunan luar bandar, selain merapatkan jurang antara pentadbiran negeri dengan parti Pakatan Rakyat di Selangor.

"Akan ada perbincangan dengan Saifuddin dan pegawai UPEN untuk menerangkan bagaimana kebajikan yang boleh dilakukan beliau untuk meningkatkan penglibatan negeri dengan pembangunan luar bandar," katanya.

Beliau turut mengesahkan jawatan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri akan dikekalkan.

Azmin dilaporkan kurang senang dengan pelantikan Saifuddin apabila menyifatkannya seolah-olah melupakan pemimpin lain yang sudah bertungkus lumus memenangkan negeri Selangor.

Sedangkan Saifuddin semasa PRU13 kecundang di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, malah kerusi Parlimen Machang yang disandangnya semasa PRU12 turut jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Khalid berkata pihaknya mengambil serius cadangan pelantikan wakil PAS dan DAP sebagai 'political liaison' selain PKR dalam usaha pembangunan desa dan akan membicangkannya dalam masa terdekat.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved