Isnin, 3 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Tak percaya Umno, apa lagi ditunggu?

Posted: 02 Jun 2013 02:21 PM PDT

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang membuat bedah siasat itu dalam blognya sakmongkol ak47 hari ini menulis, Umno bertanding dan menang pada kerusi di mana jumlah pengundi dalam kawasannya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan.

Sekali gus beliau mempertikai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat kesimpulan bahawa prestasi Umno adalah lebih baik kerana memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada PRU-12.

Najib yang juga Presiden Umno mendakwa partinya muncul sebagai parti yang paling popular pasca PRU-13 selepas mencapai kemenangan itu.

Ariff Sabri mempertikai bagaimana Najib boleh sampai kepada kesimpulan tersebut sedangkan menurut perangkaaan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Umno mendapat 3.2 juta undi.

"Jumlah ahli Umno sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Najib boleh dakwa sokongan orang Melayu kepada Umno meningkat?" soalnya.

Beliau membuat justifikasi ini dengan menyatakan bahawa PAS bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000 manakala Umno bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.

"Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi Umno itu hanya 44 kerusi parlimen. Ini kerana dua kerusi yang dimenangi oleh Umno bersamaan dengan satu kerusi PAS.

"Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain Umno," jelasnya.

Demikian juga katanya dengan PKR di mana parti itu bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundinya secara purata ialah 75,000 dan menambah, "maka nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi. Jadi dimana letaknya kejayaan Umno?"

READ MORE HERE

 

Enam laporan polis terhadap wanita didakwa hina yang di-pertuan agong

Posted: 02 Jun 2013 12:46 AM PDT

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved