Sabtu, 29 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Dana asing: Anwar perlu jawab

Posted: 28 Jun 2013 02:01 PM PDT

Ketua Biro Politik ISMA, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya melihat tindakan menerima dana asing semata-mata untuk kepentingan peribadi disifatkan sebagai tidak patriotik dan hanya mahu mengkucar-kacirkan negara kerana tidak memikirkan kepentingan negara.

"ISMA membantah perkara ini, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh menerima bantuan asing. Jadi Datuk Seri Anwar perlu menjawab dakwaan ini.

"Jika benar, maka ini satu tindakan yang sangat tidak patriotik kerana tidak memikirkan kepentingan negara, sehingga lebih mementingkan kepentingan peribadi," ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMA.

Tegasnya dalam hal ini, Dato Seri Anwar perlu mendedahkan apa agenda dan perjanjian yang sebenarnya antara beliau dengan negara asing yang memberi dana supaya rakyat menilai samaada perkara itu boleh diterima ataupun tidak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jusuf Kalla yang menyatakan bahawa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China dalam menjayakan siri himpunan Blackout 505 dalam satu wawancara bersama Ketua Editor Merdeka-Online.

Dalam wawancara tersebut, Jusuf turut memberitahu bahawa pencerobohan di Lahad Datu turut melibatkan campur tangan kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina.

Soal Aminuddin, "perlukah meminta bantuan negara lain jika mahu berjuang di negara sendiri? Apa yang terjadi seolah-olah beliau seperti boneka dan orang suruhan untuk perjuangan orang lain.

"Kenapa harus meminta bantuan orang lain untuk berjuang di negara sendiri,  ia seperti boneka dan orang suruhan. Ini perjuangan siapa, perjuangan beliau atau perjuangan orang lain?

"Rakyat perlu fikir dan tahu, tidak ada negara yang membenarkan kemasukan dana asing kerana perbuatan itu salah dari segi kedaulatan negara, sama ada isu pencerobohan Lahad Datu, Blackout 505 atau sebagainya.

"Jadi, kepimpinan beliau harus ditolak dan kerajaan patut mengenakan tindakan ke atasnya kerana mencemar kedaulatan negara," tegas Aminuddin.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved