Juga bukan kacang panggang merah berkuah tomato yang biasanya dihidangkan bersama masakan western di warung-warung.

Perkataan 'bean' sebenarnya bukanlah terlalu asing buat orang Melayu.  Yang tak pandai berbahasa Inggeris pun mudah sahaja mengingati watak 'Mr Bean' – lelaki yang membuat kerja-kerja bodoh yang tidak dilakukan oleh orang lain bagi tujuan mendapatkan sesuatu.

Bagi orang Cina di Malaysia, perkataan 'bean' simbol sesuatu.  Barangkali dalam kerangka dan semangat watak Mr Bean. Walaupun tak kelakar, tetapi natijahnya agak kelakar.

Bayangkan satu bangsa yang asalnya di pergunakan oleh Inggeris untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah di Tanah Melayu kerana mereka tidak mungkin dapat hidup dengan selesa di tanah besar China ketika itu.

Kemudian diberikan kerakyatan menjelang Merdeka kerana tidak mahu pulang ke negara asal, malah kini ada yang sanggup menghina Raja-Raja Melayu dan Rasulullah SAW.

Tentulah kelakar. Konon sayangkan Malaysia, tapi melakukan kerja-kerja begini.

Pada era bijih timah mereka sudah terkenal dengan gangterisme. Tak ramai yang tak tahu tentang kumpulan Ghee Hin dan Hai San.

Sesama bangsa pun nak gaduh kerana wang apatah lagi jika melibatkan Cina dengan lain-lain bangsa.

Kini, zaman siber ini sudah wujud pula satu bentuk gangsterisme yang cukup dikenali oleh orang Cina sebagai RBA.

Berlainan dengan gangsterisme dalam masyarakat Cina, puak-puak ini tidak menggunakan pedang samurai ataupun pistol untuk memeras ugut mangsa.   

Dalam dunia mereka khusus dalam dunia siber RBA memperjuangkan apa yang diperjuangkan DAP.

Dengan itu selain mempertahankan dasar-dasar kecinaan DAP, mereka menjadikan orang Cina yang pro MCA dan Gerakan serta mereka yang pro kerajaan BN sebagai mangsa.

Matlamat mereka mudah: mahu memastikan tidak ada pemimpin Cina menyokong kerajaan. Matlamat mereka menjadikan DAP paling kuat dalam kelompok Pakatan Rakyat jauh mengatasi pengaruh Pas.

Lihat saja dalam PRU13, DAP peroleh 38 kerusi Parlimen meninggalkan rakan-rakan lain di belakang.

Kepada penentang yang berani menyokong musuh, mereka akan gunakan alam siber untuk memusnahkan karakter orang itu.

Mungkin bagi sesetengah pihak ugutan begini tidak menjadi kudis tapi bagi kaum Cina, ia suatu yang menakutkan. Lihat saja mereka yang menjadi mangsa RBA. Michelle Yeoh, gadis bond turut jadi mangsa kerana sokong Najib Razak.

Bagi yang nak tahu dunia "mafia" zaman itu, bacalah buku sejarah lama ditulis pihak Inggeris.

RBA hari ini mungkin tidak diimport secara langsung dari China tetapi ia semacam ada kaitan rapat dengan semangat Red Army yang instrumental dalam mengkomuniskan negara China.

Jelas RBA yang sudah pun beroperasi sejak 2008 setelah  mendapat ide daripada gerakan yang dimulakan Mao di China untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah ketika itu.

Dengan teknologi dan kebolehan otak budak-budak muda yang dilatih serta di belakang mereka ada tauke yang kaya-raya maka RBA mudah menjadi satu kuasa baru.

Singkatan huruf ABU atau kini disebut Asal Bukan Umno adalah berasal dari RBA yang meminta masyarakat Cina menolak "warna biru" (dacing). Kempen dimulakan melalui sms pada PRU12 dalam Bahasa Cina ketika itu berbunyi "asalkan bukan biru, beruk atau lembu (lambang) pun tak mengapa (boleh undi)." Pencetus ABU pula dapat inspirasi dari kempen RBA.

Kejayaan RBA dalam 2008 dijadikan senjata oleh DAP untuk menarik sokongan. Hari ini dengan dibantu 3,000 tenteranya dan dikatakan melalui dana melebihi RM100 juta, mereka menguasai peperangan siber.

Pihak BN walaupun sedar, tapi kemampuan untuk mendepaninya tidak ada. Agak hairan mengapa dibiarkan RBA bermaharajalela tanpa sebarang hukuman.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, 8 hari sebelum peristiwa 13 Mei, RBA mengeksploit isu perkauman sehingga pengundi Cina jadi benci pada BN. Salah satu isu ialah 13 Mei yang konon dicetuskan oleh Umno.

Jika sebelumnya masyarakat Cina di Malaysia teruja dengan konsep 1Malaysia ilham Najib Razak, tapi dengan tidak semena-mena mereka menukar rentak.

Mereka termakan dengan UBAH sebagai alternatif pada BN, malah bagi mereka kalau bakal PM seorang tidak bermoral tak mengapa asalkan BN jatuh.

Demi Putrajaya kita dapati Pas melalui transformasi. DAP dijenama mereka sebagai bukan lagi anti Islam. Tapi Pas terlupa, RBA bukan tentera pro Pas, ia pro DAP dan pengundi Cina. Kalau RBA sanggup memusuhi MCA, tidak ada sebab ia tak boleh menentang Pas pula.

RBA memusuhi apa saja mengenai Melayu. Sama ada Raja-raja Melayu, usahawan Melayu yang mencabar kedudukan mereka seperti Syed Mokhtar alBukhari ataupun NGO pro Melayu seperti Perkasa.

Bagi Pas, RBA berdiri di belakang mereka tapi dalam aspek agama khusus agama Islam, RBA lihat Pas dan Umno sama saja. Malangnya Pas tidak pernah menyedari hal ini.

Apa pun menjelang PRU14 nanti, jika RBA masih wujud, sama ada dalam bentuk dan sebutan yang ada kini atau bertopeng nama lain, pokoknya kedudukan Melayu, dari segi kuasa politik dan pegangan ke atas tanah air mereka tidak akan tergugat. RBA mungkin terlupa, orang Melayu ibarat harimau yang menyembunyikan kuku.

Jika orang Melayu bertindak demi melindungi hak mereka dan daulat Raja-Raja Melayu, rasa-rasanya yang akan rugi dan tergugat orang Cina sendiri.