Rabu, 19 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir

Posted: 18 Jun 2013 03:49 PM PDT

Terdapat beberapa sesi untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Parlimen tidak berpuas hati: berjanji kepada ahli-ahli politik Umno yang mahu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) dan memantau komen dari tokoh berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kanan) dan laporan mengenai Tengku Razaleigh Hamzah – boleh menjadi pencabar berpotensi.

Kesimpulannya, ini adalah waktu mencabar bagi Najib.

Akan tetapi Isnin lalu merupakan hari baik bagi perdana menteri.

Dr Mahathir bertemu Najib dan memberi jaminan beliau percaya tidak perlu ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi Umno dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Jaminan itu hadir selepas bekas perdana menteri itu memberitahu sekumpulan pengurus dana dalam satu sesi tertutup di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai perlunya pertandingan bagi jawatan tertinggi Umno.

Tidak pernah ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi itu semenjak Umno asal diisytiharkan haram pada 1988 dan Dr Mahathir menubuhkan Umno baru.

Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider Dr Mahathir percaya komen beliau kepada pengurus-pengurus dana telah disalah anggap.

Akan tetapi mereka yang hadir pada sesi di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengatakan Dr Mahathir mengkritik pimpinan dan percaya pertandingan akan menonjolkan ciri-ciri demokratik Umno selain dari meningkatkan imej Najib di mata orang ramai.

Masih belum jelas apa yang menyebabkan Dr Mahathir mengubah pendiriannya mengenai pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu.

READ MORE HERE

 

Matangkah cara kita berpolitik?

Posted: 18 Jun 2013 02:39 PM PDT

Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.

Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal pertama selepas PRU13 sudahpun ditetapkan bermula 24 Jun ini seakan-akan 'tidak bermakna' bagi anggota pakatan DAP-PKR-PAS meskipun mereka kini mempunyai 89 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Persoalannya, dalam tempoh tujuh tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?

Mengupas persoalan itu, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata untuk Malaysia menjadi negara maju menuntut anjakan paradigma rakyat menjadi lebih matang dengan setiap pihak mengamalkan cara berpolitik berimbang dan penuh kesederhanaan.

Beliau berkata perbuatan seperti perhimpunan serta demonstrasi jalanan sebagai satu proses bangkangan dalam negara, merupakan ekspresi politik yang mampu mempengaruhi rakyat dan pada masa sama mendatangkan kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi, sosial dan pembangunan.

"Politik yang matang adalah politik yang mengamalkan kesederhanaan dan berimbang berbanding politik ekstrem yang akan memusnahkan negara. Ini yang rakyat perlu faham," katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata kestabilan politik sahaja tidak mencukupi seandainya tidak disertai kematangan berpolitik.

Katanya ahli politik dan rakyat perlu faham bahawa negara bukan sahaja berdepan dengan cabaran dalam negara tetapi juga ancaman dari luar serta anasir asing yang bertujuan mewujudkan suasana tidak aman.

Samsul Adabi berkata kematangan berpolitik juga boleh membawa maksud bahawa masyarakat berpengetahuan tinggi dan mengerti tindak-tanduk serta boleh membuat analisis mudah perbuatan mana-mana pihak sama ada ia bagus atau buruk untuk negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata Amerika Syarikat, Britain dan Jepun adalah contoh negara yang berjaya mengamalkan politik matang manakala Malaysia semakin bergerak ke hadapan menuju demokrasi yang progresif.

Keputusan PRU13 yang menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi pakatan DAP-PKR-PAS dengan bilangan pengundi yang keluar mengundi mencecah 84.8 peratus turut mencerminkan rakyat mengamalkan demokrasi untuk melakukan perubahan melalui undi.

Namun mampukah pakatan pembangkang memainkan peranan mereka untuk mengawasi dan menegur kepada kerajaan atau hanya terus berpolitik dan memanipulasi sentimen dan emosi rakyat?

"Bangkangan perlulah dilakukan secara berhemah. Sekiranya bangkangan yang dilakukan melampau… maka kerajaan perlulah bertindak tegas kerana ia akan memberi ancaman dalam soal keselamatan," katanya.

Sejauh mana pula unsur kebencian, fitnah, demonstrasi, maki hamun dalam berpolitik masa kini mampu menjamin perpaduan di kalangan kaum terus utuh di masa hadapan?

Mengamalkan elemen sedemikian, menurut Samsul Adabi hanya akan 'membunuh' rasa hormat sesama kaum di negara ini, bahkan akan mengheret negara ke arah kemunduran.

Aktivis sosial Khairil Hafizd Khairuddin, 31, berpendapat politik yang diamalkan di negara ini adalah separuh matang memandangkan tindakan sesetengahpihak yang lebih mengikut emosi sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya kekurangan ilmu politik menjadi punca ada di kalangan rakyat mudah terpengaruh dan sanggup berdemonstrasi dan berhimpun tanpa memahami kesan perbuatan itu.

"Adalah tidak matang untuk mana-mana pihak menyuarakan rasa tidak berpuas hati menerusi demonstrasi atau perhimpunan atau apa jua bentuk kerana apalah gunanya Parlimen dibentuk jika permasalahan rakyat gagal disuarakan di sana, dan kenapa perlu memilih jalan raya?

"Pada saya ini semua bertujuan memburukkan imej kerajaan dan negara selain mahu menjayakan agenda pihak tertentu termasuk pihak asing," katanya.

 

Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

Posted: 18 Jun 2013 12:22 PM PDT

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved