Selasa, 18 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

Posted: 17 Jun 2013 03:24 PM PDT

Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998.

"Bagaimana kerajaan negeri ketika itu tunduk kepada Umno negeri dengan membenarkan kerja bermula walaupun pelan bangunan itu belum dikemuka?

Jika kita lihat dari sejarah terdahulu, pada 1 Oktober 1996, Timbalan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah melawat bangunan berkenaan seolah-olah 'merestui' ia dibangunkan walaupun pembinaan pelan bangunan masih belum diserahkan.

"Selepas itu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula mengeluarkan satu surat kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk bertanya kepadanya alasan mengapa berlaku kelewatan di dalam projek berkenaan.

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada media di tapak kejadian semalam.

Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan.

"Terdapat banyak bangunan lain dengan struktur yang sama seperti di Menara Umno namun, selagi arkitek bertanggungjawab bersedia untuk membayar denda jika mereka tidak mematuhi garis panduan, prosedur dan pelan bangunan, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah. Kita mengadakan garis panduan dan prosedur yang ketat serta telus pada masa bangunan itu dibangunkan.

"Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan.

Apa yang Wei Aik cuba sampaikan dengan mengajukan soalan sebegini?" katanya.

Menurutnya, Wei Aik tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak berikutan apa yang lebih penting ialah memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

"Persoalan beliau dilihat seperti cuba untuk memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sebelum ini membenarkan bangunan itu dibina dengan cepat seperti yang dimahukan Umno tanpa mengambil kira keselamatan orang awam.

"Kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dikeluarkan. Tidak wajar untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap  pentadbiran kerajaan sebelum ini terutama kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, bangunan itu dibina pada 1998.

"Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya.

"Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya," katanya.

 

TPP: Apa kerajaan sorok?

Posted: 17 Jun 2013 01:27 PM PDT

MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

"Kami kesal ia tidak didedahkan sedangkan rakyat yang akan terima kesan buruk jika ia dimeterai. Perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai secara rahsia dan terlindung dari pengetahuan orang awam.

"Rakyat berhak tahu dan beri pandangan bila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup," menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Apa disembunyikan?

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), iaitu antara NGO paling giat memperjuangkan isu ini menganggap kerahsiaan melampau dalam perbincangan perjanjian itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Jika TPP ini perjanjian yang begitu bagus, kenapa kerajaan perlu rahsiakan butirannya?," soal Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar.

Persoalan Mohd Nizam itu dikongsi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kerajaan mendedahkan teks perjanjian untuk diteliti orang ramai jika benar perjanjian FTA seperti itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Mengapa kerajaan bersembunyi di sebalik perjanjian kerahsiaan (antara semua negara perunding)? Jaminan daripada kerajaan sahaja tidak cukup," menurut CAP dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai rundingan TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai di Malaysia.

Ubat naik harga, petani terjejas

Melalui dokumen bocor yang diperolehi, TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan.

Kajian MTEM menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

"AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan memberi pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu," menurut laporan MTEM mengenai kesan TPP kepada rakyat.

Sementara itu, menurut Mapim, penekanan kepada hak IP hanya akan memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

"Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal, menyebabkan kos ubat sangat mahal," kata Mohd Azmi.

Beliau menambah, TPP juga akan memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi oleh kerajaan negara itu dipasarkan di Malaysia.

"Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPP dimeterai," menurut Mohd Azmi.

Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun dikhuatiri terpaksa bersaing dengan AS melalui penghapusan cukai produk pertanian.

AS sembunyi agenda, Miti tutup mulut?

Minat AS kepada rantau ini bukanlah satu rahsia. Obama dalam ucapannya di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November 2011 berkata, tiada rantau lain yang boleh membantu membentuk masa depan ekonomi AS selain Apec.

Mohd Nizam mendakwa, AS kini memberi tekanan kepada negara peserta supaya mempercepatkan tarikh menandatangani perjanjian itu yang dianggap penjajahan ekonomi ke atas Malaysia dan bakal menggadaikan
kedaulatan negara.

Mohd Nizam turut mempersoal dakwaan kerajaan AS memberi kebenaran kepada wakil syarikat antarabangsa gergasi di negara itu untuk meneliti teks rundingan serta memberi cadangan kepada Washington berhubung butiran perjanjian.

"Miti gagal menjawab pertanyaan ini semasa pertemuan kami dan jika ianya benar, mengapa AS boleh memberi akses kepada wakil industri, tetapi tidak di Malaysia?," soalnya lagi. 

Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar

Posted: 16 Jun 2013 01:00 AM PDT

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, tindakan Anwar tersebut hanya memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berpolitik.

"Bagi saya kenapa perlu beliau,(Anwar) mengadu kepada Susilo dan Jusuf. Ini merupakan tindakan yang kurang sesuai, sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau perlu matang," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam hal ini, beliau menegaskan supaya Anwar menggunakan saluran dan perundangan yang sedia ada di negara kita, seandainya beliau masih belum lagi berpuas hati dengan perjalanan PRU13 pada 5 Mei lalu.

"Perkara ini, (PRU13) perlu diselesaikan di dalam negara, kita ada undang-undang dan saluran undang- undang.

"Jadi gunakan saluran tersebut. Kenapa perlu mengadu kepada pihak luar?" katanya lagi.

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam.

Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini.

Sementara itu menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Fuad Mat Jali, tindakan Anwar ini merupakan tindakan yang kurang bijak yang dilakukan oleh ahli politik berpengalaman sepertinya.

"Bagi saya ini merupakan tindakan yang kurang bijak dan sangat tidak wajar," katanya.

"Bagi saya mereka hanya mendengar sahaja, kerana kita sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mereka. Oleh itu saya cadangkan Anwar menggunakan Parlimen yang akan bersidang ini untuk "mengadu" perkara ini," katanya.

Mengulas perkara sama, beliau berkata, negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Iran turut bergelut dengan masalah tidak pula 'mengadu' mengenai masalah negara mereka kepada negara lain.

"Hairan dengan tindakan Anwar ini, sepatutnya beliau melihat kepada kesan tindakan tertsebut," katanya.

Oleh itu, beliau menyarankan Anwar supaya memperkasakan barisan ahli parlimen pembangkang, supaya rakyat nampak akan kehebatan mereka dalam memperjuangkan hak rakyat dan bukannya banyak bermain  politik.

"Anwar seharusnya memberhentikan perkara ini, masanya telah tiba untuk Anwar mengatur strategi bagi memperkasakan barisan pembangkang.

"Dengan cara ini saya rasa PRU14 nanti, mungkin PR akan lebih berjaya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselematan dan hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mansor Mohd Noor berkata, tindakan Anwar merupakan hak peribadi beliau.

"Itu hak beliau," katanya ringkas.

Namun ujar beliau, perkara ini perlu diselesaikan didalam negara tanpa memerlukan campur tangan pihak asing.

"Selesai di dalam negara sudahlah, tidak perlu dibawa kepada orang luar," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved