Jumaat, 14 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Potensi menang perang media PRU14

Posted: 13 Jun 2013 04:27 PM PDT

Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? Bag iDr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang sengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat.

Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah  dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah  secara berkesan.

Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.

Bagi saya, begitu juga anggapan ramai pemerhati politik  - kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?

Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai --  yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.

Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat. Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan - dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio - ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?

Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan
pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?

Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak. Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar.

Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas - dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK - apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.

Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan. (Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan - dan sistematik - terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).

Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan.

"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.

"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.

"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.

Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir  seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."

Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar  sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."

Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.

Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.

Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal - kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak - terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerak kerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.

 

Kempen Najib tidak ditentang bermula

Posted: 13 Jun 2013 04:23 PM PDT

Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing.

Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya.

Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja.

Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN.

Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemiliihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dia tidak dicabar lagi selepas itu.

Abdullah Badawi selepas prestasi  buruknya itu cuba mengelakkan dia tidak dicabar. Dia membuat rancangan untuk berundur dalam jangka waktu terdekat iaitu supaya  sempat dia dipilih semula sebagai Presiden sebelum melepaskan jawatan. Tetapi Umno tidak menerimanya dan mahu beliau pergi lebih cepat. Itulah yang terhadi kepadanya.

Najib sedar nasib yang menunggunya. Maka sebelum timbul suara supaya dia pergi, dia menyuarakan dulu bahawa dia sedia dicabar. Sebagai seorang pengamal demokrasi, maka dia membenarkan dirinya dicabar.

Dia seperti membuka kepada Umno untuk membuat pilihan sama ada mahu dia dicabar atau sebaliknya.

Tentunya dia tidak mahu dia dicabar. Tetapi dia tidak dapat larang ahli-ahli Umno bertindak.

Sebelum dia dicabar, dia seolah-olah membuka peluang kepada sesiapa dalam pimpinan Umno untuk mencabarnya. Kenyataannya itu adalah mencabar orang yang tidak senang dengan pretasinya mencabarnya.

Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Apa pun Tengku Razaleilgh  yang pernah menawar diri dicalonkan dipercayai akan menawarkan diri sekali lagi. Jika Ku Li tampil, maka penampilannya tidaklah seperti penampilan Haji Sulaiman.

Walaupun peluang Ku Li tidak begitu cerah, tetapi dia boleh mendapat perhatian yang lebih dari yang Haji Sulaiman dapat. Orang  tidak mengira Haji Sulaiman sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai, tetapi tiada yang mengira Ku Li tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri  dan Presiden Umno.

Sebelum cabaran itu berlaku, Najib cabar Umno membuat pendirian. Disuarakannya dia sedia ditentang. Spontan Umno seluruhnya bangun menyuarakan supaya dia jangan dicabar. Bahkan kalau Muhyidin sedia mencabarnya, mereka sarannya dia juga tidak dicabar. Suara itu mencabar Muhyidin jangan cabar Najib.

Kempen sudah bermula supaya Najib jangan dicabar. Orang lain mungkin tidak berani, tetapi tiada yang menghalang Ku Li untuk menunaikan tanggungjawabnya.

 

Video Seks Wakil Rakyat DAP Tersebar

Posted: 13 Jun 2013 03:23 PM PDT

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu," katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

"Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

"Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri," katanya.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan.

"Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya.

"Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini.

"Rakyat menjadi keutamaan saya. Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya.

Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu.

"Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran.

"Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya.

Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut.

"Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya.

Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku.

"Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi.

 

‘Teladan buruk’ jika Pakatan terima tawaran berhimpun di stadium, kata Rafizi

Posted: 13 Jun 2013 03:01 PM PDT

Rafizi berkata orang ramai mahu melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Ia memberikan satu teladan yang sangat buruk," kata Pengarah Strategi PKR kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis di sini hari ini.

Menurut Rafizi, tidak ada perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, dengan pihak berkuasa menegaskan pembangkang PR perlu menggunakan stadium dan bukannya ruang terbuka, walaubagaimanapun PR masih mahu menggunakan padang berhampiran mercu tanda Dataran Merdeka di pusat bandar di sini.

"Ia masih buntu. Saya fikir ia adalah status quo," kata Rafizi.

Dua pemimpin PR, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, dan DAP Fong Kui Lun, juga menghadiri mesyuarat itu kerana telah dipanggil oleh Datuk Bandar.

Pemimpin-pemimpin PR berkata majlis kepimpinan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini.

PR telah mengadakan siri perhimpunan "Black 505" besar-besaran di seluruh negara sejak 5 Mei lalu untuk membantah dakwaan penipuan undi pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa, walaupun kehilangan undi popular.

Baru-baru ini PR menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut "tidak lengkap".

READ MORE HERE

 

Ezam disebut bakal dilantik pegawai Najib

Posted: 13 Jun 2013 02:52 PM PDT

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.

Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai  Najib itu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.

Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia,  anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

Ezam tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut. 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved