Khamis, 9 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Zuraida: PAS, DAP usah sibuk jawatan MB

Posted: 08 May 2013 08:57 PM PDT

"Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP...lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?

"Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya," Zuraida memberitahu Antarapos.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.
 
Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.
 
Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.
 
Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.
 
"Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?" kata beliau.
 
"Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih," tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.
 
Beliau mengesahkan pemimpin-pemimpin PKR bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara tidak rasmi untuk membincangkan isu itu namun enggan mengulas lanjut.
 
"Tak ada (mesyuarat). Saya rasa itu pertemuan kot, dia orang nak berjumpa dengan Anwar (Ibrahim). Ada pertemuan sahaja kot, bukan mesyuarat."
 
Zuraida membayangkan bahawa Majlis Pimpinan PKR yang ditunjangi oleh Anwar harus menimbang calon-calon paling layak menjadi menteri besar selain Khalid.
 
Menurut beliau, pimpinan PKR harus juga mengambil kira kedudukan dan sumbangan kepada parti dalam melantik Menteri Besar Selangor.
 
"Setiap kali pencalonan ada dua, tiga orang punya nama kena tapis dan sebagainya dan nak kena buat keputusan. Saya nak yang terbaik kerana kita selalu mesti ada pilihan, bukan satu orang sahaja yang terbaik. Kita mesti cuba yang lain," kata beliau.
 
"Kita ada 2 3 nama, jadi kita akan pertimbangkan 2 3 nama ini. Dari segi politik kita mesti faham. Ada yang kedudukan politik harus diberi pertimbangan dan diberi keutamaan."

U_adAz8qpyg 

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=U_adAz8qpyg

 

Anwar salah pilih calon

Posted: 08 May 2013 02:27 PM PDT

Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.

"Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon 'kesayangan' Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008," katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya.

"Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon 'yang turun padang buat kerja' dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan 'berlegar' di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata," tambahnya.

Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen.

Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon 'tak boleh menang'…tewas  setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen  Pasir Salak dan  dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak).

'Tewas majoriti besar'

"Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar."

"Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin 'nomad' (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas 'belas ehsan Anwar atau Wan Azizah."

"Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi 'kroni' bertanding dan tewas  di parlimen Hulu Selangor," katanya.

Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan  jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.

Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.
Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved