Ahad, 12 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat: Nazri

Posted: 11 May 2013 12:24 PM PDT

"Bagi kaum Cina mereka tertipu... mereka hanya kejar pelangi saja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan Bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan. 

"Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini, hari ini.  

Beliau tidak percaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian. 

"Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa Menteri Besar mesti Melayu. 

"Saya nak tanya 15 ADUN PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda perlembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada Bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?" katanya. 

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata, mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. 

"1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak Bumiputera dan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada perlembagaan," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved