Khamis, 11 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Perbincangan sedang berlangsung untuk selesaikan tiga penjuru di Sg Acheh

Posted: 10 Apr 2013 03:52 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, isu ini akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 20 April.

"Pemimpin kita akan berbincang dan menyelesaikan perkara ini nanti," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Pulau Pinang pagi ini.

Malam tadi, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man mengumumkan parti Islam itu akan meletakkan ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah di kerusi itu.

Sehari sebelum itu, pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengumumkan parti itu akan meletakkan penulis blog yang dikenali sebagai Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin di Sungai Acheh.

PAS dan PKR, kedua-duanya dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), telah berada dalam perbincangan mengenai kerusi ini kerana PAS mahu bertanding di kerusi tersebut.

PAS secara tradisinya bertanding di DUN Sungai Acheh sebelum 2008 dan pada Pilihan Raya 2008, mereka meminjamkan kerusi tersebut kepada PKR.

Dalam Pilihan Raya 2008, Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti kecil 250 undi.

"Kami telah menyelesaikan lebih 100 kerusi dalam perbincangan untuk pilihan raya dan ini hanya satu kerusi, kita boleh selesaikan ini," kata Mat Sabu.

Sebelum itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga mengatakan perbincangan akan berlaku diantara pemimpin tertinggi PKR dan PAS.

"Adalah lebih baik kepimpinan tertinggi menyelesaikan ini," katanya.

Pengerusi PR Pulau Pinang itu mengatakan perbincangan mengenai kerusi Sungai Acheh adalah diantara dua parti itu dan yang terbaik adalah dengan membiarkan mereka menyelesaikannya.

 

Polis beri amaran kepada individu mahupun NGO agar tidak melampaui undang-undang

Posted: 10 Apr 2013 03:49 PM PDT

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan golongan itu bukan sahaja boleh menjejaskan proses demokrasi malah turut menjadi kesalahan jenayah yang boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Polis menerima maklumat ada terdapat unsur-unsur ugutan yang bertujuan menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi, seperti mereka ini akan melakukan sekatan jalan raya, memeriksa kad pengenlan dan mengugut pengundi agar tidak keluar mengundi.

"Polis memberi amaran, ia merupakan satu kesalahan jenayah kerana kuasa untuk memeriksa kad pengenalan mahupun sekatan jalan raya hanya boleh dilakukan polis dalam tempoh masa pilihan raya ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan golongan yang cuba menimbulkan kekacauan semasa musim pilihan raya ini sentiasa dipantau polis dari masa ke masa bagi memastikan tiada yang bertindak melebihi undang-undang.

Ramli berkata orang ramai yang mengetahui wujudnya aktiviti menakut-nakutkan pengundi di kawasan mereka perlu melaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat diberkas.

"Kita (polis) tidak mahu pengundi terjejas dengan ancaman ini, jadi sekiranya mereka mengetahui ada pihak yang cuba melakukan ugutan, segera laporkan kepada polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kekuatan anggota polis setakat ini mencukupi bagi memastikan proses demokrasi di negara ini berjalan aman dari sebarang ancaman pihak tertentu.

Sementara itu, beliau turut memberitahu sebanyak 333 aktiviti sempena pilihan raya umum ke-13 dijalankan semalam membabitkan 99 ceramah, 81 perhimpunan, 21 kempen, dan 132 lain-lain aktiviti.

Beliau berkata polis turut menerima 69 laporan polis membabitkan beberapa kesalahan pilihan raya di seluruh negara semalam.

 

PAS tetap bertanding DUN Sg Acheh

Posted: 10 Apr 2013 03:32 PM PDT

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata tindakan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan Pakatan di peringkat pusat yang diputuskan dua hari lepas.

"Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS Pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen Pakatan, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS.

"Jadi keputusan PAS adalah muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat)," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan nama-nama calon PAS Pulau Pinang di Pejabat PAS, Pongsu Seribu, di sini malam tadi.

PAS meletakkan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh yang sebelum ini diwakili calon PKR Azhar Ahamad yang kalah menentang calon Barisan Nasional Datuk Mahmud Zakaria pada pilihan raya umum ke-12.

Mohd Salleh mengumumkan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen, dengan satu pertambahan kerusi DUN di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pada Selasa, Mansor dalam kenyataan mengumumkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard akan bertanding di DUN itu pada PRU13.

Sungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR dalam PRU 2008.

Mohd Salleh berkata beliau juga hairan bagaimana Mansor boleh mengumumkan nama calon PKR bagi DUN berkenaan sedangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengumumkan calon parti itu di peringkat Parlimen sahaja.

Beliau turut bertegas hanya PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Acheh dan berharap PKR dan DAP dapat memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding.

Kepada soalan sama ada pertindihan kerusi yang timbul itu disebabkan kepincangan dalam kalangan Pakatan di Pulau Pinang, Mohd Salleh menafikannya dan menganggap itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang mustahil.

"Tidak jadi satu benda yang pelik dan mustahil (pertindihan kerusi). Kita tunggu pada hari penamaan calon, siapa yang sebenarnya menjadi calon di situ (DUN Sungai Acheh), tetapi yang penting PAS akan tetap bertanding di Sungai Acheh bagi pihak Pakatan," katanya.

 

Pakar Feng Shui ramal BN menang

Posted: 10 Apr 2013 03:18 PM PDT

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa  pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan  beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan  pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh  60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau  kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas.

"Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat,"  katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini  lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved