Jumaat, 26 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Dr. Asri kini sudah jadi anjing UMNO

Posted: 25 Apr 2013 09:31 PM PDT

Terutama di sekitar Selangor dan Putrajaya.

Asri yang dulunya begitu pandai berlakon seolah-olah menjadi penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pada satu ketika pernah mengecam secara terbuka isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu barang kemas, kini seolah-olah bertukar badan dengan orang lain, orang UMNO.

Entah kemana hilang semangat reformasi yang begitu kuat dalam dirinya dulu, entahlah, kita sendiri pun tidak pasti.  Yang nyata, Asri kini bukan Asri yang dulu, dia sudah jadi totok UMNO.

Perubahan ketara pada Asri sekarang ini menyokong pendapat kami bahawa golongan ulama Islam di negara ini adalah jenis yang pandai berpura-pura dan mereka-reka cerita.  Sekejap boleh jadi penyokong reformasi yang tegar, sekejap itu juga mereka boleh berubah menjadi penyokong transformasi yang tidak kurang hebatnya.

Ironinya, kedua-dua mereka (Juanda dan Maza) sedang/pernah menjadi Mufti negeri Perlis dan pernah juga dikaitkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Arau dan DUN Penanti (Pulau Pinang).  Tapi atas sebab tertentu, nama kedua mereka digugurkan di saat akhir dan tidak hairanlah kenapa mereka kini berpaling pada UMNO sebagai tempat bergantung yang baru.

Memang banyak yang tidak kena dengan ulama dari Perlis sekarang ini.  Baru-baru ini juga, seorang ulama dari Perlis, Dr. Haron Din tiba-tiba membuat kejutan bodoh apabila mengumumkan Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Dengan itu laman ini meminta agar semua penyokong Pakatan Rakyat lebih berhati-hati bila salah seorang dari 2 orang ini berceramah ditempat masing-masing.  Takut ada yang  tersilap ingat mereka datang untuk bercakap tentang Islam!!  Sekarang ini mereka sudah jadi anjing politik UMNO, agama sudah jadi perkara nombor 2 bagi mereka.

Politik dan wang itulah yang lebih utama.  Kalau boleh tambah satu lagi, sakit hati sebab tidak dapat jadi calon.

 

Lahad Datu: Sambung tempur selepas PRU13?

Posted: 25 Apr 2013 01:59 PM PDT

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.

Menurutnya, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

"Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi," katanya.

Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

"Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau," katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

"Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu," katanya. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved