Selasa, 16 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Video Seks Nik Aziz Pula Tersebar

Posted: 15 Apr 2013 11:42 AM PDT

Rasanya video ini tersebar sejak beberapa bulan lepas dan kini dibangkit semula oleh blogger Pron BN UMNO. Sehingga ke Mekkah pun mereka reka cerita skandal keji. Politik melayu memang kelakar…gila

Sejak dari tahun 1998 lagi umNO sudah tiada isu lain, Nak cakap parti ini bela rakyat, merompak duit rakyat lagi ada lah. Tak cukup lagi dengan merompak, parti ini juga telah banyak kali menyalahgunakan kuasa yang mereka ada! Mereka telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka demi kepentingan peribadi dan politik mereka dan kroni.
Isu Kapal Selam Scorpene, Perwaja Steel dan NFC adalah salah satu dari bukti penyalahgunaan kuasa mereka! Itu belum lagi termasuk kes-kes yang telah ditutup seperti PERWAJA dan PKFZ yang ditutup atas sebab-sebab tertentu!

Apakah cara mereka untuk menutup dan mengalihkan kesalahan-kesalahan mereka dari pengetahuan umum? Inilah antaranya dengan mereka-reka video & gambar parti lawan mereka! Ini terbukti dengan keluarnya video-video lucah & fitnah yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang dibayar oleh unit-unit media umNO!

Mereka juga cukup hebat dalam merekacipta sesuatu fitnah yang kononnya berpunca dari pihak lawan mereka seperti peristiwa di Lahad Dato yang dikatakan berpunca dari Anwar Ibrahim sedangkan yang terbukti memberi ic@kad pengenalan biru kepada pengganas-pengganas ini adalah puak umNO termasuklah bekas Mantan Presiden umNO sendiri.

Selain dijanjikan kerakyatan, pengganas ini dijanjikan tanah dan kerja yang tetap oleh pemimpin-pemimpin umNO ini! Tetapi yang menjadi masalah apabila janji untuk diberi tanah telah dimungkiri dan akibatnya pengganas ini memberontak!

Inilah kisah sebenar disebalik insiden di Lahad Dato ini yang telah mengorbankan sebilangan anggota polis dan tentera! Akhirnya insiden ini telah dijadikan satu helah dan alasan untuk umNO dan Be ENd menanggung-nangguhkan Pilihanraya Umum ke 13! Selain untuk mengaburi mata rakyat dari isu-isu penyelewengan pemimpin-pemimpin umNO ia juga telah dijadikan senjata untuk merosakkan imej pemimpin-pemimpin pembangkang!

Bila tembelang-tembelang mereka ini mula pecah, mereka kini terpaksa merekacipta isu-isu lain dan memulakan fitnah baru! Antara fitnah-fitnah mereka yang dikesan adalah salah laku pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti +Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Azmin Ali, dan yang terkini adalah ulama tersohor dunia, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Astaghfirullahal azim! Memang benarlah umNO sudah terdesak & tersepit. Hanya dengan cara inilah bagi umNO untuk mengekalkan kuasa dan seterusnya menyelamatkan diri mereka dari dihukum selepas PRU13 kelak

Ingatlah, undi kita ada pahala dan dosa, Inilah yang akan terjadi jika kita mengundi parti Umno-BN yang membuat fitnah lucah sebegini, seolah-olah kita turut menyokong perbuatan mereka. Mahukah anda berkongsi dosa yang anda tidak lakukan?

Inikah parti yang memperjuangkan agama bangsa dan negara? Tak cukup dengan memaki, mengutuk, mencaci & menghina! Ulama pun mereka sanggup fitnah! Nauzubillah Hingga Video Seks Nik Aziz pun ada dan direka.

Sumber Warta Jingga dan Ek Eleh Blog Video Seks Nik Aziz 2013 direka sebelum video seks Mustafa Ali serta Video Seks Nurul Izzah.

video nik aziz

 

‘Esok lepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry,’ kata calon PKR

Posted: 12 Apr 2013 03:06 PM PDT

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: "Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang."  

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu. 

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

 

Tun Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?

Posted: 12 Apr 2013 12:17 PM PDT


'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

"Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

"Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu," katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

"Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

"Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.
"Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon," katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved